Assalamu'alaikum W.B.T...
Tajuk ni mungkin sensitf metif sikit... Bagi yg rasa diri itu sensetif yg termetif metif sangat tu,harap faham dalam2 apa yg ingin disampaikan di sini...
Sy hairan dengan pendapat seorang dari golongan ilmuan di malaysia yg mencadangkan agar "Dua Pihak Perlu sedia tanggalkan baju politik"...sekiranya ingin berdebat...
Mengapa perlu semua itu...
Sedangkan apa yang dibawa oleh pas itu bukan baju parti sebenarnya...
apa yg dibawa adalah Baju Islam dan berperfumekan Kasturi jihad...
Sedangkan yg dibawa oleh UMNO itulah Baju Politik yang berperfumekan sekularism...
Harap jangan melenting saudara...kerana itulah haqiqat yg sebenarnya...
Ok...
kalau saudara mengatakan perlu buka baju keduanya...
ya,kami boleh buang...
walau pihak UMNO tidak mahu buang ATAU buang jugak sekejap and then curi-curi pakai semasa dalam debat(walaupun dah janji tak mahu pakai)...(^_^)
ya,kami boleh buang...
K,kira Dah tak pakai baju politik kedua-dua belah pihak la konon ni ek...
Nama keduanya dihazafkan dari badan...
Dan hanya Menggunakan nama kumpulan A dan kumpulan B...
Katakan kumpulan A ini membawa isu yg tersebut ini:
~ Mengapa kumpulan B yang menjadi Enjin pentadbir Negara Enggan menjalankan HUDUD.
~ Mengapa Ulamak yg ada didalam kumpulan B menjadi ulamak(Syaitan) bisu...
~ Mengapa lesen Arak dan Judi Masih dikeluarkan...
~ Mengapa masih berlaku Rasuah...
~ Mengapa Kumpulan A tidak boleh terima kumpulan A yg membawa semua isu ini...
~ Mengapa yang masih banyak lagi...(tak perlu nyata banyak2)
Saya yakin UMNO yg dihazafkan nama didalam debat dan diletakkan nama kumpulan B ini tidak dapat menjawab juga soalan-soalan yg dikemukakan...
Ini semua dek kerana kepeningan..."apa aku nk jawab ni...sebab semua tu kena atas batang idung aku yg kemek ni...?"
Saudaraku,
kemana pun tempat didunia ni,soalan-soalan itulah apa yg dibawa oleh Pas,malahan seluruh manusia yg bergelar umat NABI MUHAMMAD S.A.W sebenarnya turut membawa soalan ini kemana sahaja mereka pergi...
jadi,bukan isu parti yg menjadi keutamaan disini...
jadi,bukan isu parti yg menjadi keutamaan disini...
Oleh kerana untuk menasihati kerajaan dengan berkesan,maka golongan ulamak2 yg terdahulu mengambil keputusan menubuhkan parti Islam yg membolehkan salur ISLAM yg asli dapat masuk ke ruang PARLIMEN malaysia...kerana itulah pusat pentadbiran negara...
Ini kerana,
para Ulamak tidak akan dapat menjalankan kerja ISLAM dengan sempurna jika hanya berada di ruang meja ta'lim di masjid sahaja...mesti melalui jalan politik...kerana,mereka yang dikatakan ahli penat ni jarang berada di majlis ilmu yang menentang perkara yg bercanggah dengan ISLAM...dek kerana takut terkena atas batang hidung,maka mereka sibukkan diri dengan kerja dan projek...
Apa yang telah diberitahu oleh Ulamak yg berguru di yaman...di mengatakan yang menjadi kepala pemerintahan di sana adalah jemaah Ulamak-ulamak mereka...ini menunjukkan politik itu suatu yg tidak asing bagi seorang ulamak...
Di seluruh dunia,kita dapati ada partai Islamiyyah(yang dipimpin oleh Ulamak-ulamak)...ia parti yg bergelar Ikhwanul Muslimin...
yg berhasil membangkit Intifadhah di Filastin...di Mesir baru-baru ini...
Dengan itu,Jika ada yg berkata,"Tidak mengapa,kita bising2 kat keja ta'lim sahaja dan tak payah masuk politik...diakan pemimpin,taat aje ler"
bagi saya itu adalah tidak benar...
Setiap yang bergelar Umat,ada kerja dan cara masing-masing untuk menegakkan Agama ALLAH...
Adakah mesti semua Ulama' dan Ustaz di malaysia khususnya berada dimeja PARLIMEN...???
Tidak semua...
mesti ada perlantikan khusus...pembahagian kerja dan lain-lain...
kerja sebagai pendakwah sentiasa dijalankan...adalah tidak salah menimbulkan isu pemerintahan yg tidak adil di dalam ceramah mereka...
Salah ke...???
Mengapa salah...???
Jawapan yg benar adalah tidak salah...
Sememangnya tidak salah jika isu politik yakni isu ketidakadilan kerajaan di bangkitkan dimasjid-masjid...kerana masjid adalah punca masyarakat...
Negara ini adalah negara Islam dan milik umat islam yang mana menjalankan HUKUM - HUKUM ISLAM di dalamnya...lainlah negara bukan ISLAM seperti thailand dan filipina...sudah tentu tidak perlu semua ini...walaubagaimanapun ada cara lain yang mereka gunakan bagi mendaulahkan islam...
Cuba kita lihat...
Mengapa timbul isu kebangkitan di mesir???
ini kerana mereka sedar negara mereka adalah NEGARA ISLAM...kezaliman mesti ditumbangkan...
tetapi mengapa tidak berlaku di malaysia...???
adakah malaysia ini negara AMERICA dan sekutunya???
sudah tentu tidak...
adakah perlu kebangkitan seperti sahabat2 kita di Mesir...???
ya,akan terjadi juga seperti demikian jika kerajaan enggan melunaskan hutang2 mereka kepada rakyat...Rakyat perlukan Dustur ALLAH dikenakan keatas negara dan diri mereka...
UMNO tidak akan sekali2 dapat melunaskan semua itu...
kerana dasarnya adalah sekular...
Apa yg pasti,kita sebagai rakyat yg diberi hak oleh ALLAH untuk memilih pemimpin negara kita...Maka pilihlah Orang yg membawa tuntutan Agama sebagai pemimpin...
Semoga ALLAH menggantikan pemimpin sekarang kepada pemimpin yg Benar...
Berbalik pada isu tadi,
Dalam suatu organisasi islam khususnya Pas,
Ada kerjanya sebagai ulamak,ada umara,ada yg menjadi sukarela membantu kerja agama...
Ada yg jadi bos ada yg jadi anak buah atau pengikut...
jika dia seorang ulamak,maka ada yg mesti menjalankan kerja menyebarkan ISLAM di luar masjid,ada yg di dalam masjid,di pondok-pondok dan sebagainya...
jika dia itu umara,maka kerjanya mentadbir berlandaskan ilmu kepimpinan mereka dan bersandarkan juga dari nasihat para ulamak...
Ada dikalangan ulamak khususiyyah di dalam bidang politik...dan ada yg berpolitik secara tidak khususiyyah tetapi memperjuangkan hak yg sama dengan Ulama' yg mengkhususkan diri didalam bidang politik...
jika semua seperti Tok Guru dan Tuan Guru dan beberapa pemimpin lain duduk di tempat sama dalam berkerja...
maka tiada organisasi...dan itu bukan datang dari ISLAM...
Apa yg PAS buat adalah mengikut cara yg benar dari segi ISLAM dan Negara...
ISLAM menghendakkan Umat menjadikan ISLAM sebagai Teras dalam pemerintahan...
dan Itulah bawakan PAS...
NEGARA perlukan pertubuhan yang berorganisasi yg utuh untuk menjadi peneraju hala tuju Negara...dan wujud organisasi yg utuh itu didalam PAS...
Punca Utama mereka gerakkan usaha ini,adalah semata untuk mencapai matlamat DAULAH ISLAMIYYAH...
Jadi,
mengapa PAS perlu menanggalkan baju yang Benar jika ingin berdebat...???
sedangkan itu syarat dari kerajaan yg mengamalkan sekular dalam demokrasi negara...
Lagipun,apa yg diketahui...
Debat itu berkaitan dengan Agama dan keselamatan Rakyat...jika UMNO mengatakan mereka juga bawa Agama,mengapa perlu naik hairan dengan baju...Cuma,Baju Pas Perfume ISLAM...Baju UMNO pefume sekular...itu sahaja...
samada tanggalkan baju atau tidak...bukan itu masalahnya...yang menjadi masalah adalah kesombongan pihak kerajaan dan para Syaitan bisu mereka yang enggan menerima Jemaah yang membawa panji DAULAH ISLAMIYYAH...
Apa yang diketahui dan difahami,kami jemaah yang membawa isu islam didalam perlembagaan negara...kerana dengan cara ini adalah lebih berkesan dalam melahirkan NEGARA yang benar-benar ISLAM...dan bukan ISLAM cerlang cerluk...
mengapa mesti tanggalkan baju...???
tidak perlu...
pakai atau tidak isu itu tetap berpintal pada teras politik negara...
Tidak munasabah isu yg ingin dibawa oleh Tok Guru itu adalah isu :
~ Apa program dekat kindergarten minggu ni...???
~ Masakan kat kedai mamak tu sedap tak???
tak logik saudara...
sudah mesti,seorang umara lagi ulamak ingin menyuarakan isu agama dan rakyat yang disuarapolitikkan oleh UMNO kepada PAS...dan bukan PAS yg menyuarapolitikkan suatu isu...
Adakah seseorang yg ingin menjalankan tuntutan ALLAH dikatakan politik...???
Agama itu sebenarnya tujuan kami...tetapi melalui jalan demokrat...jalan dengan memasukkan diri didalam lembah parlimen ni...andai kata tiada PAS,wajib juga rakyat menyokong gerakan islam ini...itulah apa yg telah di Fatwakan oleh ulamak...
Andai kata isu yg sama dibawa oleh ulamak lain yg tidak khususiyyah dalam politik negara sekalipun,adakah UMNO dan BN akan terima...???
sudah tentu tidak...
Tidak dapat tidak dengan jalan ini...
kerana ia adalah tetap isu yg sama yg ditentang oleh kerajaan...
dah tu...UMNO kan ada ulamak...
Ya,mereka ada ulamak...tetapi ulamak mereka hanya luar shj...dalamnya syaitan bisu yg mendiamkan sahaja isu ini...
Jadi tidak perlu bukak baju...
kerana apa yang dibawa didalam debat itu merupakan Isu Agama dan Rakyat...cuma ia diusulkan oleh jemaah islam yg tidak menentang kerajaan pada asalnya kemudian bertukar agenda untuk menawan malaysia dek kerana penentangan kerajaan keatas tuntutan ISLAM yang dibawa...
jadi,tidak salah jika PAKATAN RAKYAT ingin menawan malaysia yg sudah sekian lama berkukukan besi didalam pemerintahan...ala-ala kusyen murabak...
malah itulah yg terbaik...
bermacam-macam Ulamak UMNO cakap...
"debat bukan cara islam...kerana cara islam adalah musyawarah..."
saya yakin,ulamak ini ulamak yg malas nak ambil tahu hal sebenar...dia berkata tanpa usulperiksa dahulu...wahai manusia,Jangan buat ulasan beralaskan media yg karut...pergi tanya sendiri dengan tok guru...Tok Guru sentiasa mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja...Buat pengetahuan saudara,Tok Guru hanya bersetuju untuk menunaikan hasrat siapa yang ingin berdebat dengannya...Dan PERLU Dato' tahu BUKAN TOK GURU yg ajak berdebat...itulah waqi' yg sebenarnya...
UMNO yg ajak berdebat...
jadi tidak salah menerimanya...
jika paderi kristian ajak berdebat dengan kita,adakah kita perlu kata..."Ehh...tak boleh,itu bukan cara kami umat islam...kami hanya musyawarah..."
tak kena ...
itulah bendanya...
Cuma berbeza aqidah sahaja...UMNO islam tetapi melakukan MAKSIAT...dan KRISTIAN itu bukan islam... itu sahaja...dan UMNO ini golongan yg menentang dan menyokong kefasiqan dan kemunafiqan...dan ingin berdebat dengan tok guru lalu mengajak pihak JAKIM turut sama berdebat...
Cukuplah Fitnah TOK GURU wahai kaum yg zalim...
selama ini,Tok Guru dan PAS sentiasa mengajak musyawarah dengan BN dan UMNO,Ulama' UMNO senyap " PO ULAR KHAMAK"...
ko tunggu lube nok khekoh tok guru...
Ingat,seseorang yg ingin berdebat dengan seorang ulamak dan umara kedua ini hendaklah ia mempunyai ilmu yg munasabah dengan waqi'...
bukan isu ilmu tinggi tak tinggi saudara...janji biar dia dapat faham dengan dalam tajuk debat tu...supaya agar saling dapat memahami...Sepertimana ulamak berdebat sesama ulamak didalam haul ulamak...baru wujud kefahaman yg dalam...tidak akan lahir kefahaman yg dalam apatah lagi untuk selesai masalah jika Ulamak itu berdebat dengan seorang yg tiada ilmu yg berkaitan dgn isu yg ingin dibincangkan...
Bukan dikira layak atau tidak...seseorang yang hanya tahu didalam hal masak memasak tidak boleh diasuruh berdebat didalam isu buat rumah...Hancur program...
itulah haqiqat percakapan TOK GURU yg disalah tafsirkan oleh golongan yg CERLUNG hati...BUSUK hati...
Insya'Allah...Sama-sama fikir...
Fitnah itu membangkitkan Cinta sebenarnya...
Membangkitkan Cinta si sufi dengan Cinta Hatinya...
tetapi ia mesti dimusuhi walau ia membangkitkan Cinta...
kerana baginya ia tetap menjadi buruk jika fitnah yg menjadi perantaranya...
apa yang dikehendaki adalah kebenaran yg menjadi wasilah cinta si sufi kepada Tuhannya...
Semoga Allah Memelihara seluruh Ulamak yg menjadikan ISLAM sebagai panji mereka...
Allahumma Arinal fihim 'Ajaaiba Qudratik...
Allahummansuril Islama Wal Mujaahidin fi Malizi,Mishr wa kulli makan...
Wassalamu'alaikum W.B.T...
0 Teguran Sahabat...:
Post a Comment