Sahabat-sahabat sekalian...
cakap bab "adakah pembinaan rumah kebajikan bagi ibu mengandung luar nikah ini wajar atau tidak...?"...
ramai yg pening...
ramai yg mengeluarkan kata-kata yang mungkin logik pada fikiran manusia...
kononnya hak asasi manusia...boleh cakap mengikut pandangan sendiri tanpa guideline yg boleh diterima disisi Agama...
elakkan dari berkata sesuka hati...
Dalam hal pembinaan rumah ini...dari segi pemikiran waras manusia yg ada sifat belas kasihan,sememangnya ia bersetuju benar sehingga melupakan pokok kejadian kes ini...
ya,pada awal fikiran mungkin benar...mereka perlukan perlindungan kerana mereka dalam keadaan terabai samada dari segi perhatian ibu bapa lebih lagi dari segi persepsi masyarakat terhadap mereka...
benar...
itu betul jika hanya diambil dari dari satu sudut pandang daripada 6 sudut pandang...hanya diambil pandangan hadapan,lalu melupakan pandangan dari sudut belakang,atas,bawah,kanan dan kiri...
kita tidak akan mengenal seseorang dengan hanya melihat pada satu sudut sahaja...
termasuklah dalam hal ini...
adakah layak kita katakan pendapat kita benar jika tidak dikira pandangan dari sudut yang banyak dan menurut Agama yg benar...
ramai yg bercakap menurut rasa hati sahaja... lalu mengatakan org yg tidak berapa stuju dgn kaedah pbinaan rumah ini tidak berperikemanusiaan...
sungguh,
kami bukan begitu orangnya...
kasihan kami adalah lebih dari kasihan kalian...lebih menyayangi dan mengasihani mereka yg bernasib malang ini berbanding kalian...kerana kasih kami berlandaskan agama...bukan nafsu semata...
kita angkat suatu contoh disini...
adakah dikira ibu bapa yg pada zaman dahulu kala yang menghukum anak2 mereka dengan hukuman yg berat dikira tidak berperikemanusiaan...apa yg kita dapati,mereka ini lebih byk menghasilkan anak2 yg soleh berbanding dengan ibu bapa sekarang...
mereka cukup tegas...
merotan...mengikat anak2 mereka dibatang pokok...mengejar anak mereka dengan pelepah kelapa...banyak lagilah cara mereka...kadang2 macam takmasuk akal...walhasil...anak yg soleh mereka produce kluar...
adakah mereka itu dikira jahat kerana mereka menghukum anak mereka agar menjadi anak yg soleh...?
demikianlah cara mengasihi menurut islam...
berbeza dengan ibu bapa mutaakhiriin...makin disayang maka makin dilepas dan dibiar...
dihukum sayang...dipukul jangan...walhasil,anak yang tholleh yg mereka produce kluar...
demikanlah cara menyayangi mengikut nafsu semata...
Jangan cepat runtuh dengan naluri...
tapi ikutlah gerak lurus nur iman...
mengapa cara pembinaan rumah kebajikan ini saya katakan tidak wajar...
kerana ia tidak membawa makna dari segi kata "mengubah"...tidak ada...
Ya benar,rumah itu hanya boleh jadi tempat berteduh mereka sahaja...itu jika kita lihat zahir hadapan kebaikan pembinaan rumah ini...
Tetapi ia tidak akan dapat menghasilkan pengurangan...apatah lagi utntuk mencapai kepada Sifar...
walhasil,yg kita dapat lihat jumlah penzinaan dan kelahiran anak tidak sah taraf akan kian meningkat...'
ini kerana Hukum Allah tidak di semai siramkan didalam perlembagaan malaysia...
Kerana kasih,wujud kasih belas dari insan yg tak mengenal erti kasih...jika kasih pada mereka,maka cegahlah ia dari dilahirkan sebegini... |
jadi,apa yg kita dapat dari pembinaan rumah ni...?
apa yg dapat dibuat hanyalah memelihara anak-anak yang tak sah taraf dan ibu yg terlanjur...
Hanya itu shj kebaikan dibuatkan Rumah Kebajikan yg tak berapa logik ni...
sedangkan lebih elok jika rumah mereka yg menjadi tempat penyelesaian masalah ini...
Maka tiada kepentingan untuk membuatnya kerana tidak mencapai maksud dalam agama...
Sedangkan motif utama kita umat islam di malaysia khususnya adalah untuk mengurangkan zina...
kerana dari situlah punca akan berkurangnya kadar kelahiran anak tidak sah taraf sebenarnya...lantas mengurangkan kadar masalah pembuangan bayi dan pengepaman bayi kedalam tandas...dan macam2 fashion lg...
bukan dengan memelihara mereka yang bakal berusaha menambah masalah anak tak sah taraf...
seperti apa yg di ketahui,
ada setengah dari kalanangan kita mengatakan rumah tu dibuat bagi mengurangkan kadar pembunuhan anak dan pengabaian mereka yg bergelar ibu kepada anak tak sah taraf...
motifnya benar...tapi approachnya tak tepat...
kerana,tidak dapat tidak dengan Hukum Allah sahaja dapat menyelesaikan masalah tersebut...
Hukuman Rejam di Arab... |
Hukuman Rejam di mogadishu... |
Hukum yg Haqiqi... |
Jadi,
Timbul satu soalan disini,
Diambil contoh soalan lain yg berkaitan maksudnya...
Adakah dengan membuka rumah anak-anak miskin boleh membasmi anak-anak miskin jika tidak dijalankan pembahagian duit rakyat dengan adil dan saksama...?
sudah tentu tidak dapat mengurangkan walau sedikit...
apa yg terhasil hanya ada tempat berteduh shj bg mereka...dan mereka tidak merempat...negara pun tidak rasa malu dah,sebab dah takde orang yg berkeliaran tanpa tempat berteduh...sedangkan mereka masih kekal dalam kedhaifan yg sama...(jatuhlah saham PM jika pelancong luar tengok)...apa yg berlaku hanya menutup kudis di lengan disebalik handguard tanpa bubuh ubat kudis...tanpa ada penyelesaian dalam hal ini sampai sekarang...
sama juga dengan hal rumah Kebajikan ni...
adakah akan berkurang jumlah kelahiran anak tidak sah taraf jika tidak dihukum mereka yg berzina terlebih dahulu...sedangkan,mereka yg berzinalah punca lahir anak ini dan punca pembunuhan bayi ini...
jadi,apa yg terhasil dari pembinaan ini hanyalah mereka cuma ada tempat berteduh sahaja...
ibu bapa dapat menyembunyikan aib disebalik dinding rumah kebajikan...dan anak-anak tidak berkeliaran...itu shaja...langsung tidak terdapat kata "Berkurang" disitu...
ya,mungkin sesuai dari segi satu pandangan yg xbrapa tepat...yakni sesuailah rumah itu dibina bagi mereka yg da jumpa jalan serba sedikit selepas terlanjur...dan mengambil keputusan utk tetap mjaga baby mereka...
Tetapi,apa pula tindakan bagi yg sengaja melanjurkan diri mereka di luar sana masih hebat dalam proses lanjur melanjur ni...
kalau tidak dijalankan hukum Rejam dan Sebat dikhalayak ramai,mereka yg suka lanjur melanjur dan terlanjur ini tidak akan pernah serik...
Ya,
anak yang dilahirkan tak kira dalam nikah atau tidak mesti dikasihani...kerana itu adalah fitrah hati manusia yang sangat mengasihani manusia yg lain...
tapi,adakah mesti dengan melupakan penyebab berlakunya kelahiran anak luar nikah yang dikatakan sungguh menyayat hati tu disebabkan oleh kasih sayang yg menebal tak tentu hala itu...
kita mesti sayang mereka,tetapi hukum akan tetap sbg hukum...kerana didalam hukum itu ada nilai kasih sayang yang tidak terkira banyaknya...
itu dari segi Hal Rumah...
macam mana pulak dengan ibu2 luar nikah dan anak mereka...
mereka dibenci oleh keluarga...mana dia nak duduk...???
jawapannya...
adalah lebih baik anak itu kekal dirumah ibu bapa mereka berbanding berada di rumah kebajikan ini...
tidak perlu rumah kebajikan...banyak yg kita dapati mereka merana emosi semasa dirumah kebajikan...zahir mereka nampak tenang sebab ada yg menjaga dan mengkaunseling...tetapi,yakinlah mereka lebih suka menunggu kelahiran bayi itu disisi ibu bapa mereka...bukan di rumah kebajikan...
macam mana pula jika ibu bapa enggan terima...???
Sahabat...
sebenarnya,yang perlu dibuat kauseling adalah kedua ibu bapa mereka sendiri...
kerana merekalah berlaku hal sedemikian...
mereka yang membenarkan hal yang sedemikian berlaku dan mereka pula yang enggan menerima kenyataan hasil dari kelalaian menjaga anak mereka dengan benteng islam...
adakah mesti wujud lagi rumah kebajikan jika ibu bapa telah sedar kesalahan mereka...ditambah lagi dengan keisafan anak2 mereka dari keterlanjuran mereka...
sudah tentu tiada kan...
Lain pula dengan hal anak mereka di rogol...lalu mengandung...
Yakinlah,tiada ibu bapa yang tidak menerima anak mereka dan cucu tidak sah taraf mereka tu..,
sebab mereka telahpun menjalankan bentengan islam pada mereka dan anak2 mereka...
sudah tentu tidak ada rumah penjagaan anak jika ibu bapa menerima anak2 mereka...
Apa yg menyebabkan sebilangan dari kalangan kita bersetuju rumah kebajikan ini dibina kerana mereka fikir tentang mereka yg tidak berdosa...
seperti seorang perempuan yg solehah yg dirogol lalu mengandung...
tidak perlu bimbang jika solehah yg menjadi pakaiannya...sudah tentu ibu bapanya menerima takdir itu dengan tangan yg terbuka...
tapi ingat...ini hanya andaian sahaja...
sebab,pada hemat saya jika perempuan itu menjaga diri dari segenap penjuru dirinya...percayalah...Allah akan pelihara dirinya dari masalah ini...
Jika begini caranya wanita berpakaian,Allah akan menjadi Penolong baginya... |
jika tetap berlaku,percayalah ia tetap thiqah disisi ibu bapanya...
kerana yg menjadi pendidik si solehah mesti seorang yg soleh dan solehah...
keluarga yg sakinah insya'Allah mendapat peliharaan Allah...
jadi,tiada masalah pengabaian ibu bapa dan tidak perlu rumah tersebut...
berbeza jauh dengan mereka yg terdorong dengan hawa mereka sendiri lalu berlanjuran dengan kekasih hati...menghasilkan anak yg suci tapi tiada bertaraf...dan si lelaki enggan bertanggungjawab...
ini kerana silap ibu bapa dan diri mereka sendiri...
mereka suka berpakaian yg merosakkan diri sendiri dan merosakkan diri orang lain...
dan...ibu bapa membenarkannya...
sewajarnya tidak perlu rumah tersebut...
yang sewajar dilakukan oleh pihak terbabit adalah melahirkan satu institusi kaunseling bagi ibu bapa yg enggan menerima anak mereka yg dah terlanjur ini...
sedarkan mereka dari lamunan...sedarkan bahawa dari kecuaian mereka inilah terhasil masalah ini...jika enggan maka dihukum mereka dengan hukuman yg setimpal...
pada hemat saya adalah lebih memalukan jika anak dan cucu yg tak sah taraf itu diletak berasingan dari parent mereka...
ini kerana saya ada sahabat yang bermasalah sedemikian rupa...
pada awalnya disimpan masalah ini sendirian bersama pasangan...pada akhirnya diberitahu jugak pada ibu bapa...lantas tanpa diduga Allah membuka hati kedua ibu bapa perempuan tersebut agar menerima dirinya...percayalah...berkata benar mesti ada barakahnya...Alhamdulillah...lepas masalahnya...Kerana sahabt saya sudi menikahi perempuan ini...dia rasa cukup malu jika hidup dalam keadaan sebegini lebih2 lg jauh dari pandangan ibu bapa...
'ala kulli hal,sama je dari segi penerimaan keluarga...apabila mereka sedar itu berpunca dari perbuatan mereka,insya'Allah mereka akan dapat terima anak mereka tetap dirumah...
jadi,tak perlu ada rumah kebajikan...
ada yang soal...
dahtu macam mane yang dah terlanjur ni...yang dah lepas2 ni...?
caranya...
jangan pisahkan mereka dari keluarga mereka...
itu sahaja caranya...same shj caranya...
buat kesedaran pada ibu bapa agar sedar akan akar bagi kesalahan mereka dan memberitahu agar still menerima anak mereka...
mengikut apa yang diterangkan oleh para murabbi,
selagi berjauhan anak yang terbuang itu dari samping ibu bapa mereka,maka lagi susah nak ikat balik hubungan silaturrahmi antara mereka...
jika rumah itu dibuat,tidak dapat tidak mesti tak bersambung balik hubungan tu...
kerana sudah tentu anak dan bapa,anak dan ibu tidak rapat bila berjauhan dalam keadaan yg berkelahi seperti ini...
Ada yg cakap...
takpe...boleh melawat...(senyap2 agar orang tak tahu)
ya,
tapi xsama dengan keadaan di rumah...
ada pulak yg kata...
EEhh...senang la cakap...buat tengok...
jawabnya,
siapa yg cakap senang utk bercakap...? siapa yang cakap susah utk membuat...?
sbenarnya,yang bercakap tu lebih susah kerana dia perlu tahu hal yang benar dalam agama dan tidak akan cakap semborono...
siapa mereka tu...?
merekalah ULAMA'...
mereka bercakap memang nampak senang,tapi mereka juga adalah ahlurrakyi,ahli fikir...mereka fikir adakah apa yang aku hendak hebahkan pada umat ini selajur dengan Al-Quran dan sunnah serta para ulama' yg 'amilin...dan mereka bukan duk takat bicara tanpa buat sheikh...mereka pun buat sama...
berbeza dengan orang yang membuat semata tanpa memerah otak...hanya mengguna ilmu yg telah disampaikan,lalu mengamalkan...itu shj...hanya satu kerja sahaja...
sedangkan para ulama' banyak lagi kerja mereka...
jadi,masih ada rasa susah nak buat lagi...?
sheikh...tidak ada suatu yg mudah dalam dunia ni...
buat dulu apa yg wajib...utamakan yang sunat...
kan ALLAH dah janji kat kita...
man yattaqillaha yaj'allahu makhraja...
jadikan HUDUD Allah sebagai jalan utama dahulu...
jangan duk fikir "Buat Rumah Kebajikan" sebagai jalan utama...
Oleh kerana kasihan pada mereka yg tidak kasih kepada Allah dan rasul...lalu mengambil keputusan yang melulu untuk menunaikan hasrat membuat tempat berteduh mereka...tidak benar cara ini...
sepatutnya ia bukan keutamaan...
yang utama perlu difikir...Dimana Hukum ALLAH...???
macam mana nak kurangkan...nak basmi...
bukan dengan memikirkan macam mana nak pelihara kelahiran anak tidak sah taraf yang kian bertambah...
pada hemat saya sendiri...
jika membuat rumah kebajikan...maka bertambah la nampaknya anak2 tak sah taraf...
tetapi,
jika hukum Hudud dienakmenkan di dalam perlembagaan negara,yakinlah ia akan berkurang...malah mungkin bergerak kepada tahap sifar...
Hukuman potong tangan |
setelah di jalankan hukum ALLAH...
jenayah surut dan insya'Allah akan pergi ke arah sifar...Rumah kebajikan yg tak berapa patut tu pun tidak akan wujud...
kasihan tetap kasihan...
naluri kasih manusia itulah dia...
tapi tidak boleh hazafkan dan buangkan keutamaan Sunnatullah...
ada yg berkata,"sekarang ni dah terdesak...maka tak salah buat rumah tu..."
bagi saya dan yg lain lgsung tidak terdesak jika hukum segera dilaksanakan...hari ini di jalankan insya'Allah hari ni juga selesai masalah...
ibu bapa kena tahu Agama...Anak anak kena tahu agama dan wajib kedua2 mengamalkan apa yg agama suruh...
yang dah terlanjur disedarkan bukan diruangan rumah kebajikan...tetapi diruang rumah mereka sendiri...
yang lari mesti disuruh pulang kepangkuan keluarga...
tidak perlu risau tentang itu,ada sahaja pertolongan dari ALLAH jika tuntutan ALLAH kita laksanakan...
kita bole lihat...negara arab,tidak perlu semua ini...kerana jumlahnya cukup sedikit...Ini semua kerana mereka jalankan hukum Allah...
jika orang yg terlanjur itu tidak berkeluarga,dia wajar di letakkan di rumah kebajikan masyarakat...hidup bersama masyarakat yg lain...bukan dirumah khas orang yg terlanjur...
Jadi,Tiada relevan rumah tersebut dibuat...
jika dibuat akan semakin membuat mereka senang hati...malah berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi ruang kepada mereka untuk terus berkhidmat membanyakkan populasi rakyat negara malaysia...walaupun tidak sah...
lahir sahaja bayi luar nikah...letak je kat rumah tu...selesai masalah...
tak selesai saudara/saudari...
logik fikir,xsemestinya logik pada syara'...
perlu ditekankan disini adalah perlaksanaan hukum itulah yg menjadi pencegah yg sebenarnya...
yg memelihara bayi yg dibunuh adlah dgn mjalankan hukum Allah...
yg memelihara dari berlaku penzinaan adalah dengan mjalankan hukum Allah...
yg mengurang kadar kelahiran bayi tidak sah taraf adalah dengan menjalankan hukum Allah...
jika terus mengambil jalan memelihara bayi dan ibu2 tersebut dan melangkaui jalan Allah,maka itu adalah tidak wajar...
Wassalamu'alaikum W.B.T...
0 Teguran Sahabat...:
Post a Comment