Pages

Nasihat itu mampu membina sahabatmu dan juga mampu merebahkan dirimu...

Assalamu'alaikum W.B.T...

Sahabatku,
Sungguh besar kebencian Allah,
andai penilaian hamba-Nya terhadap hamba-Nya yang lain dibuat tanpa mengirapakai penilaian dari-Nya...

Adalah terbaik bagi membimbangi setiap lontaran suara sebelum ia lahir dicermin hati...
sebelum ia menjadi alunan kata dalam agenda nasihat menasihati...

"Nasihat Menasihati..."



Kalau cakap tentang ni...
Tidak dapat tidak mesti ada yang "Memberi Nasihat" dan juga yang "Diberi Nasihat"...

Persoalan yang pertama yang ingin dinaqalkan disini adalah tentang Si Yang Diberi Nasihat...

Bagi diri yang beriman dan bertaqwa,
Apabila diri mereka yang menjadi seorang yang dinasihati...
Apa yang lahir dihati mereka hanyalah kegembiraan...
kerana menjadi seorang yang dinasihati itulah yang terbaik bagi diri mereka...
Samada nasihat itu bernas ataupun tidak...
Mereka yakin kepada Tuhan Mereka bahawa nasihat itu bakal menjadi suatu kebaikan bagi mereka...

Pelik...

Ya,
memang pelik bagi mereka yang tidak mengetahui keadaan yang sebenar...

Sahabatku...
Ini adalah kerana penilikan ALLAH dan RASUL yang menjadi penasihat mereka...
Bagi mereka teguran,kritikan, atau dengan kata yang lain adalah NASIHAT merupakan batu loncatan yang paling efektif bagi diri mereka...
Tilikan ALLAH dan RASUL-NYA menjadi teras kepercayaan mereka...
lalu mereka menjadikan penilaian dari sahabat mereka bersandar kepada keduanya...
Apabila disandar pada keduanya,
Maka hilang segala ketidaksukaan,kebencian,kemarahan dan segala kekejian hati...
Yang wujud hanya CINTA kepada ALLAH dan RASUL-NYA...
MAHABBAH di antara sahabat dengan sahabat wujud tanpa disedari...
lantas yang terlantun sebagai kalam mereka kepada Tuhan mereka hanyalah kata-kata Cinta dan Rindu...
Asyik didalam munajat dihadapan wajah Tuhan mereka...

Berlainan dengan yang insan yang tidak mengira tilikan ALLAH dan RASUL sebagai had diri mereka...

Ya,
memang jauh bezanya...
Apabila dinasihati,
mereka akan segera membuka pintu ketidakikhlasan diri dalam menerima segala teguran dan nasihat...
sedangkan Agama itu sendiri Membawa isi Nasihat pada panjinya...
lalu yang lahir ketidakpuasan hati...
lahir segala penyakit hati yang sememangnya sangat-sangat dibenci oleh AHLUSSUFIatau lebih dikenali sebagai insani yang berusaha mentazkiah diri mereka secara khususiyyah(Ahli Thariqat)  sehingga sampai kepada ALLAH S.W.T...
Sama juga insani yang mejalani proses tazkiyyah diri yang bukan khususiyyah...mereka pun turut sama berusaha menjauhi segala hal yang menghancurkan diri mereka dihadapan ALLAH...
Kerana ISLAM,IMAN dan IHSAN adalah tunjang bagi seluruh Makhluk ALLAH...
Maka,penyucian diri dari segala hal yang membawa kehancuran itulah yang dinamakan tazkiah nafs yang merupakan intipati utama di dalam ilmu TASAWWUF... 
tidak dapat tidak mempelajarinya adalah kewajipan yang ain bagi mencapai IHSAN disisi-Nya...

Jadi...
Adalah tidak menjadi masalah jika seseorang itu mendengar nasihat...
Lapangkan dada dengan meletakkan " PENAPIS" yang paling perfect (Al-Quran dan Sunnah) sebagai penilainya...


"Andai nasihat itu bertepatan maka ukirlah ia dihati nuranimu..
Andai ia melencong dari keduanya maka jadikan ia sempadan dan tauladan..."
kerana dari tauladan ini maka dapat kita kenali ilmu yang telah sedia ada didalam dadamu itu berkesan atau tidak...
yakni berkesan dalam mengenal baik buruk nasihat yang telah didengar...

pelik lagi...

Tak pelik dah...


Suatu yang bertepatan dengan nas-nas yang qat'i dan bergarisan atau selajur dengan pandangan para Ulama',maka ia wajib untuk kita ambil...
tetapi andai ia suatu yang jelas bertentangan dengan Al-Quran,Hadith,Qias dan ijma' ulama' , maka ia wajib untuk kita hindari...

Adakah masih ingin menolak atau enggan  untuk dinasihati...

soalan dariku kepada barangsiapa yang enggan untuk dinasihati...

~Adakah kita mampu untuk mengetahui barangsuatu yang belum diucapkan itu betul atau tidak...
~Adakah kita mampu menghukum sesuatu itu benar atau salah sedangkan kita masih belum khallas belum sempurna mendengar isi percakapan orang lain...

Jelas memang tak dapat...
jadi,
Mendegar dahulu apa isi nasihat mereka,itulah yang sebaik perlakuan...
baik...maka terima...
tidak baik...maka ditolak...

adapun yang menjadi masalah...
walaupun telah ia sedari nasihat itu bertepatan dengan arahan ALLAH,tetap juga tidak mahu menerima...
mengapa...
kerana ada rasa ketinggian diri...
walau jelas diri itu silap,
tetap tidak dapat menerima diri itu telah melakukan kesilapan...
kan pening tu...

Khallas hal yang bersabitan dengan Si Yang Diberi Nasihat...

Persoalan yang kedua yang ingin dinaqalkan di sini berkaitan dengan  Si Pemberi Nasihat...

Ketahuilah mereka yang memberi nasihat itu juga tidak terlepas dari serangan penyakit hati...
Adakah kata "baik" yang lahir pada benak fikiran mereka didalam memberi teguran dan nasihat itu semata-mata kerana ALLAH dan RASUL...
atau kerana NAFSUNYA...?

Bagaimana diri kita wahai sahabatku...
adakah dirimu merasakan "Memberi nasihat" kepada sahabatmu itu suatu yang baik bagimu...?

Sahabatku,
kebaikan bagi mereka yang memberi nasihat terpecah kepada 2 keadaan...
baik bagi mereka kerana ALLAH dan RASUL-NYA...
atau baik bagi mereka kerana NAFSU mereka...

MENGAPA sebegitu keadaannya...

Ya,
menasihati itu dua macam keaadaannya...
menasihati sahabatnya kerana ALLAH dan RASUL-NYA...
dan juga menasihati sahabatnya kerana NAFSUNYA...
Jika kerana ALLAH dan RASUL-NYA,maka dia menasihati kerana hak dan kasih sayang...
jika kerana NAFSU,maka menasihati mereka akan sahabat mereka dek kerana ilmu dan kebijaksanaan mereka semata-mata...atau lebih di kenali MENUNJUK DIRI...
maka dari sini lahir sum'ah,riak,takabbur dan ujub...

Tanyakan pada diri,
"YANG MANA SATU JALANKU...???"


Berjayalah dirimu andai kerana Allah dan Rasul menjadi tujuanmu...
dan Tunggulah AZAB dari ALLAH jika kerana nafsumu menjadi tujuanu...

Sungguh bimbang diriku,
andai dirimu membuat penilaian dan berhukum kepada sahabat yang lain kerana NAFSUMU semata-mata...
tiadalah yang kamu dapat dari balinganmu melainkan apa yang kamu balingkan itu dibaling kembali oleh ALLAH S.W.T kewajahmu...

Oh Tuhan...
ku ingat pesan Rasulullah S.A.W...

"Man Tolabal 'ilma li yufaakhira bihil 'ulama au li yumaariya bihissufaha' au LI YUSROFA BIHI WUJUHANNASI,adkhalahullahunnar"
~Barang sesiapa yang menuntut suatu ilmu kerana untuk bersaing dengan para ulama',atau untuk berdebat/berbahas-bahas dengan orang jahil,atau untuk mengambil perhatian orang ramai...nescaya dimasukkan ia ke dalam neraka oleh ALLAH S.W.T...

Di dalam suatu hadith yang lain menyatakan...
yang bermafhum barang sesiapa yang menuntut ilmu kerana suatu yang lain dari ALLAH S.W.T,maka wajiblah ke atasnya neraka ALLAH.S.W.T...

Sahabatku...

Buanglah segala kesombongan dirimu...
kerana didapati tiadalah suatu maksiat kuat menghalang hidayah ALLAH dari mengisi ruang hati lantas mengundang kemurkaan ALLAH melainkan Sifat Sombong dan Bongkak...
ALLAH akan memandang orang yang sombong mereka dikala di dunia dengan pandangan yang sungguh marah sehingga berguguran daging muka mereka...

Ingatlah diri dan sahabat...

Suatu yang dibuat hendaklah disandarkan kepada ALLAH dan RASUL-NYA semata-mata...
andai selain dari keduanya...maka kata Rasulullah S.A.W..." FA HUA RADDUN"...maka ianya ditolak oleh ALLAH S.W.T...



Bimbanglah pada Hatimu...

Lorong yang ada padanya hanya satu...
disitulah berjalannya kebaikan dan disitu jualah berjalannya kejahatan...
maka mujahadah itu suatu kemestian bagi memastikan satu-satu yang melalui lorong hatimu adalah KEBAIKAN...
jangan mudah terpedaya dengan perwatakan baik NAFSU yang cuba menerobos lorong hatimu melalui perisai mujahadahmu...
sesaat alpa membawa kesengsaraan bagimu...
itulah hati wahai sahabatku...
hatiku dan juga hatimu...


Kataku ini bukan hiasan tapi merupakan inti bagi hiasan...

Semoga kata-kata ini ditanam ia jauh didasar hati nurani agar tiada ia di curi oleh sesiapa pun...

Wassalamu'alaikum W.b.t...

0 Teguran Sahabat...: