Allahumma Shalli wasallim wa baarik 'ala hadzannabiyyil karim...Wa 'ala aalihi wasahbihi wasallim...
Alhamdulillah...Wa syukr lillah...^_^
Dalam Entry kali ni,saya bawakan satu watak atau peribadi yang dikenali dengan gelaran sahibul Maulid...Insya' Allah,semoga Allah menjadikan perkongsian ilmu ini sebagai santapan rohani kita...
Beliau merupakan seorang perintis dalam mengalunkan syair yang mana di dalamnya berkisahkan tentang kelahiran,kehidupan sehinggalah saat wafatnya Baginda Nabi S.A.W...
Alhamdulillah...
Kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk melangkah kembali ke dalam bulan yang mulia ini,iaitu bulan Rabi'ul awwal...
bulan yang mana menjadi suatu kepastian bagi Umat Nabi Muhammad ibni Abdillah ibni Abdul Muttalib untuk meraikan satu kelahiran dengan satu bentuk kegembiraan yang tidak dapat kita gambarkan bagaimana hebatnya...
kegembiraan terhadap satu-satunya kelahiran yang senangtiasa wujud di hati para pencintanya...
wujud setiap saat di hati setiap si pencintanya...
Siapa lagi kalau bukan Rasul junjungan kita yang bergelar Muhammad Rasulullah S.A.W...(^_^)
Dek kerana gembira dengan kelahiran ini,maka wujud suatu kaedah yang mana bertepatan ia dengan kedua sumber yang utama...lalu diambil dari keduanya maka diputuskan oleh para ulama' yang 'amilin,iaitu ulama' yang mencintai Rasulullah S.A.W lalu ia diharuskan malah lebih menghala kepada suatu yang sunnah...kerana terdapat nas-nas yang sahih yang membolehkan ia dilaksanakan...alhamdulillah,ia bukanlah termasuk didalam kategori Bid'ah...apatah lagi bid'ah yang Dhalalah...
Kita dapati banyak acara yang diadakan sempena kelahiran Nabi kita S.A.W ini...
Ceramah...Forum...Perarakan( ini amalan bukan bid'ah ek...)...
Antaralain acaranya adalah dengan mengalunkan salawat,Qasidah dan Berzanji...
Seringkali kami rakyat pondok menjadikan Berzanji ini suatu yang mesti mereka tahu dan hayati...
sememangnya "rugi" bagi mereka yang mengatakan berzanji ini satu amalan yang menyesatkan...
Bagi kami,berzanji ini suatu yang tidak menyesatkan...bahkan membawa kami kepada mengenal siapa,bagaimana rupa,akhlaq dan kehidupan seorang nabi walaupun hanya secara ijmal atau secara ringkas(khulasah)...
bagi yang baru yang menempuh alam ilmu di pondok-pondok atau mana-mana institusi...sudah pasti mereka masih tidak mengenal secara persis siapa itu Rasulullah S.A.WW...Dan dengan cara ini salah satu kaedah untuk mereka mengenal Rasul mereka...
Semoga Allah membuka pintu hidayah kepada mereka-mereka yang mengatakan amalan berzanji ini suatu yang diada-adakan lagi menyesatkan...
'Ala kullihal...
ingin dikongsikan disini sedikit perihal berzanji...
Alhamdulillah ramai yang setia dalam meraikan kelahiran Rasulullah S.A.W...
Antaranya dengan membuat majlis berzanji...
Kita kenal apakah yang dimaksudkan dengan amalan Berzanji...
Tetapi berapa ramaikah dikalangan kita yang mengenali sohibul maulid ini...Jadi dengan bersumberkan maklumat dari seorang sahabat yang sangat mencintai amalan berzanji,maka dapatlah saya sertakan disini maklumat yang telah beliau bentangkan berkenaan dengan siapakan Sahibul Maulid...
Oleh kerana ada dikalangan mereka yang tidak kenal siapakah beliau yang yang merupakan perintis dalam amalan berzanji ini,maka ramai yang merendah-rendahkan beliau dan lebih malang lagi mencerca tahap keilmuan beliau,sedangkan beliau adalah seorang yang hebat nilai ilmunya...
Atau mungkin juga dek kerana berselisihan pendapat didalam perihal Maulid,maka segala tuduhan dan kebencian dilemparkan kepada beliau...
Dengan itu, kami sertakan di sini biodata beliau agar dapat kita kenali bersama siapakah dia sahibul maulid ini... Sahabatku,dengan mengenali seseorang itu barulah kita dapat mencintainya...seperti pepatah melayu ada menyatakan " Tak Kenal Maka Tak Cinta..."
Sama-sama kita hadiahkan Al Fatihah untuk beliau...
Sayyid Ja'far Al-Barzanji
Sayyid Ja'far bin Sayyid Hasan bin Sayyid 'Abdul Karim bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Rasul al-Barzanji adalah seorang ulama besar keturunan Junjungan Nabi s.a.w. dari keluarga Saadah al-Barzanji yang masyhur berasal dari Barzanj di Iraq. Beliau dilahirkan di Kota Madinah al-Munawwarah pada tahun 1126H.
Asal usul atau lebih kita sinonim dengan kata silsilah kekeluargaan Sayyid Ja'far semuanya merupakan ulama terkemuka yang terkenal dengan ilmu dan amal mereka, kepimpinan dan kesolehan mereka... Habib Prof. Dr. Muhammad bin 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki (jika ada dikalangan kita yang berbangga-bangga dengan gelar "Dr" didalam dalam mana-mana bidang,khususnya bidang Agama, maka kami ingin memaklumkan bahawa al-Habib Muhammad al-Maliki ini juga telah meraih gelaran Doktor Falsafah di dalam bidang hadits dikala usianya masih muda..yakni 25 tahun...pada umur yang sedemikian beliau telah mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari Harvard dan Oxford...jika di dalam dunia Islam pula iaitu di Universiti al-Azhar asy-Syarif, oleh itu jika masih ada yang berbangga-bangga dengan sarjana kedoktoran mereka, maka adalah lebih elok di simpan sahaja) dalam "Haul Ihtifaal bi dzikra al-Mawlid an-Nabawi asy-Syarif" tulisan dari muka surat 99 :-
Al-'Allaamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid Ja'far bin Hasan bin 'Abdul Karim al-Barzanji adalah MUFTI ASY-SYAFI`IYYAH di Kota Madinah al-Munawwarah. Telah berlaku perselisihan tentang tarikh kewafatannya, di mana sebahagiannya menyebut yang beliau meninggal pada tahun 1177H. Imam az-Zubaidi dalam "al-Mu'jam al-Mukhtash" menulis bahawa beliau wafat tahun1184H, di mana Imam az-Zubaidi pernah berjumpa dengan beliau dan menghadiri majlis pengajiannya di Masjid Nabawi yang mulia.
Beliau adalah pengarang kitab mawlid yang masyhur dan terkenal dengan nama "Mawlid al-Barzanji". Sebahagian ulama menyatakan bahawa nama karangannya tersebut sebagai "I'qdul Jawhar fi mawlid an-Nabiyyil Azhar". Mawlid karangan beliau ini adalah di antara kitab mawlid yang paling tersohor dan paling luas tersebar ke pelosok negeri 'Arab dan Islam, baik di Timur maupun di Barat. Bahkan ramai kalangan 'Arab dan 'Ajam yang menghafalnya dan mereka membacanya dalam perhimpunan-perhimpunan agama yang munasabah. Kandungannya merupakan khulaashah (ringkasan) sirah nabawiyyah yang meliputi kisah lahir baginda, perutusan baginda sebagai rasul, hijrah, akhlak, peperangan sehingga kewafatan baginda...
Kitab "Mawlid al-Barzanji" ini telah disyarahkan oleh al-'Allaamah al-Faqih asy-Syaikh Abu 'Abdullah Muhammad bin Ahmad yang terkenal dengan panggilan Ba`ilisy yang wafat tahun 1299H dengan satu syarah yang memadai, cukup elok dan bermanfaat yang dinamakan "al-Qawl al-Munji 'ala Mawlid al-Barzanji" yang telah banyak kali diulangi percetakannya di Mesir.
Cuba para akhawaat perhatikan, bagaimana Habib Muhammad menyatakan bahawa Sayyid Ja'far adalah seorang 'allaamah, seorang muhaddits lagi musnid yang menjadi sanad dan sandaran umat. Jadi bagaimana kita tergamak membuka mulut kita dan menggerakkan lidah kita yang tidak bertulang untuk mencemuh dan merendah-rendahkan pribadi seperti Sayyid Ja'far, Mufti Syafi`iyyah di Kota Madinah...Ma sya' Allah Tabaarakallah...
Seperti yang dinyatakan oleh Buya al-Maliki di atas, mawlid Sidi Ja'far al-Barzanji ini telah disyarahkan pula oleh para ulama' mutaakhirin yang tersohor...
Antara yang masyhur mensyarahkannya ialah Syaikh Muhammad bin Ahmad 'Ilyisy al-Maaliki al-'Asy'ari asy-Syadzili al-Azhari yang mengarang kitab "al-Qawl al-Munji 'ala Mawlid al-Barzanji". Beliau ini adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif, bermazhab Maliki lagi Asy`ari dan menjalankan Thoriqah asy-Syadziliyyah. Beliau lahir pada tahun 1217H (1802M) dan wafat pada tahun 1299H (1882M). Beliau bukanlah calang-calang ulama,bahkan ketinggian ilmunya dapat dilihat dalam kitab-kitab karangannya yang cukup tinggi nilainya, antaranya : "Hidaayatul Muriid li 'Aqiidati Ahlit Tauhiid", "Syarah al-'Aqaa-idul Kubra lis Sanusi", "Haasyiah 'ala Syarhish Shoghir lid-Dardiir", "Minhul Jaliil 'ala Mukhtashar Khaliil" dan "Hidaayatus Saalik ila Aqrabil Masaalik fi Furu`il Fiqhil Maaliki".
Selain Syaikh Ba`ilisy, ulama kita kelahiran Banten, Pulau Jawa, yang terkenal sebagai ulama dan penulis yang produktif dari segi karangannya...
Dialah...
Sayyidul 'Ulama-il Hijaz,
Dialah...
an-Nawawi ats-Tsani,
Iaitu...
Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi yang turut sama menulis syarah yang lathifah bagi "Mawlid al-Barzanji" dan karangannya itu dinamakannya "Madaarijush Shu`uud ila Iktisaa-il Buruud".
Manakala, seorang keturunan Sayyid Ja'far al-Barzanji yang mempunyai nama yang sama dengan beliau, iaitu Sayyid Ja'far bin Sayyid Isma`il bin Sayyid Zainal 'Abidin bin Sayyid Muhammad al-Hadi bin Sayyid Zain yang merupakan suami kepada satu-satunya anak Sayyid Ja'far al-Barzanji, telah juga menulis syarah bagi "Mawlid al-Barzanji" tersebut yang dinamakannya "al-Kawkabul Anwar 'ala 'Iqdil Jawhar fi Mawlidin Nabiyil Azhar".
Sayyid Ja'far ini juga adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif. Beliau juga merupakan seorang Mufti Syafi`iyyah.
Antara Karangan-karangan beliau adalah:
1. "Syawaahidul Ghufraan 'ala Jaliyal Ahzan fi Fadhaa-il Ramadhan",
2. "Mashaabiihul Ghurar 'ala Jaliyal Kadar"
3. "Taajul Ibtihaaj 'ala Dhau-il Wahhaaj fi Israa` wal Mi'raaj".
Beliau juga telah menulis sebuah manaqib yang menceritakan perjalanan hidup dan ketinggian Datuknya Sayyid Ja'far al-Barzanji dengan judul "ar-Raudhul A'thar fi Manaqib as-Sayyid Ja'far".
Latar Belakang Pendidikannya
Beliau dibesarkan di bawah didikan dan asuhan ayahandanya. Beliau mempelajari al Quran daripada Syeikh Ismail al Yamani r.a. Kemudian mempelajari ilmu tajwid daripada syeikh Yusuf al Sa'idi r.a dan Syeikh Syams al-din al Misri r.a. Di antara guru-gurunya di Madinah ialah :
1. Sayyid Abdul Karim Haidar al Barzanji r.a
2. Sayyid Yusuf al Kurdi r.a
3. Sayyid 'AtiyyatuLlah al Hindi r.a
Kemudian dari itu,beliau mendalami ilmu agama dengan ulama' yang menetap di Makkah dan turut menetap di sana selama 5 tahun. Di antara guru-gurunya di Makkah ialah :
1. Syeikh 'AtaiLlah ibn Ahmad al Azhari
2. Syeikh Abdul Wahhab al Tantowi al Ahmadi
3. Syeikh Ahmad al Asybuli dan lain-lain lagi.
Oleh kerana kepakarannya yang tinggi di dalam persada ilmu, beliau telah diijazahkan dengan sanad-sanad ilmu oleh para masyaikh pada zamannya. Di antara guru-gurunya yang pernah menganugerahkan sanad kepadanya ialah :
1. Syeikh Muhammad Tayyib al-Fasi
2. Sayyid Ahmad At-Thobari
3. Syeikh Muhammad ibn Hasan al-'Ujaimi
4. Sayyid Mustafa al-Bakari
5. Syeikh Abdullah al-Syubrawi al-Misri
Beliau telah menimba ilmu daripada para masyaikh tersebut melalui pelbagai cabang ilmu. Diantaranya adalah ilmu saraf, nahu. mantiq, ma'ani, bayan, adab, fiqh, usul fiqh, faraidh, matematik, hadith, mustalah hadith, tafsir, dakwah, kejuruteraan, arudh, kalam, bahasa, sirah, qiraat, suluk, tasawwuf dan sebagainya.
Itulah kehidupan seorang ulama'...masa yang ada disusuli dengan pelbagai jenis ilmu...
tetapi,Apa yang berlaku di zaman mutaakhirin ini,di dapati ada sesetengah di kalangan ahli masyarakat melemparkan tuduhan yang tiada berasas...yakni mereka mengatakan bahawa beliau bukan seorang ilmuwan Islam...Sungguh meleset tanggapan tersebut bila kita bandingkan dengan latarbelakang beliau yang sebenarnya...Walhasil,tuduhan yang sedemikian telah mendatangkan fitnah didalam kalangan masyarakat lalu menyebabkan kitab maulid karangan beliau yang selama ini diterimapakai di dalam Majlis Sambutan Maulid Nabi S.A.W di kebanyakan negara Islam dituduh mengandungi banyak unsur-unsur khurafat dan bertentangan dengan Al Quran dan Hadith...
Jadi,bagi meredakan masalah ini...adalah wajar bagi saya(kata Pengarang) untuk menyenaraikan atau mengemukakan sanad beliau yang mana menghubungkan antara keadaan...iaitu,ilmunya dengan dua buah kitab hadith yang muktabar...iaitu Sahih al-Bukhari dan Muslim...Sanad yang membawa bukti yang kukuh yang menunjukkan rantaian ilmu beliau yang sampai kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W...Insya'Allah,dengan cara ini menurut pengarang dapat membuka mata hati dan meyakinkan kita bahawa pengarang Kitab Maulid Barzanji yang kita baca selama ini bukanlah calang-calang ulama.
Sanad Jami' Al Sahih Imam Bukhari
Sayyid Ja'far al Barzanji belajar daripada,
1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi, belajar daripada
2. Syeikh Ibrahim al Dir'i, belajar daripada
3. Syeikhah Fatimah binti Syukrillah al Uthmaniyyah, bonda nendanya Sayyid Muhammad ibn Abdur Rasul, belajar daripada
4. Al Syams Muhammad ibn Ahmad al Ramli, belajar daripada
5. Syeikh al Islam al Qadhi Zakaria ibn Muhammad al Ansari, belajar daripada
6. al Hafiz Ahmad ibn Ali ibn Hajar al Asqalani, belajar daripada
7. Syeikh Ibrahim ibn Ahmad al Tanukhi, belajar daripada
8. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abi Talib al Hajjar al Dimasyqi, belajar daripada
9. al Siraj al Husain al Mubarak al Zaibidi, belajar daripada
10. Abdil awwal ibn Isa al Harawi, belajar daripada
11. Abdir Rahman ibn Muzaffar al Dawudi, belajar daripada
12. Abi Muhammad AbduLLah ibn Hamawih al Sarkhasi, belajar daripada
13. Syeikh Abdi AbdiLlah Muhammad ibn Yusuf ibn Matar al Farabri, belajar daripada
~Pengumpulnya, Amirul Mukminin al Imam al Hafiz al Hujjah Abu Abdillah Muhammad ibn Ismail al Bukhari.
Sanad Sohih Muslim
Sayyid Ja'far al Barzanji, belajar daripada
1. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri, daripada
2. Syeikh Muhammad Zurqani ibn Abdul Baqi al Maliki al Azhari, daripada
3. Al Hafiz Muhammad ibn 'Ala' al Babili, daripada
4. Syeikh Abi al Naja Salim ibn Muhammad al Sanhuri, daripada
5. Al Najm Muhammad ibn Ahmad al Ghaiti, daripada
6. Syeikh al Islam Zakaria ibn Muhammad al Ansari, daripada
7. Abi al Nu'aim Ridhwan ibn Muhammad, daripada
8. Syeikh Abi Tahir Muhammad ibn Muhammad, daripada
9. Abi al Faraj Abdur Rahman ibn Abdul Hamid al Maqdisi, daripada
10. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abdud Daim al Nablusi, daripada
11. Syeikh Muhammad ibn Ali al Harani, daripada
12. Faqih al Haram Muhammad ibn al Fadhl al Farawi, daripada
13. Syeikh Abi al Husain Abdul Ghafir ibn Muhammad al Farisi, daripada
14. Abi Ahmad Muhammad ibn Isa al Jaludi, daripada
15. Syeikh Abi Ishaq Ibrahim ibn Muhammad ibn Sufyan al Zahid, daripada
~Pengumpulnya al Imam al Hujjah Muslim ibn al Hajjaj al Qusyairi al Naisaburi.
Kepakarannya di dalam bidang keilmuwan telah menarik ramai orang datang menemuinya untuk mempelajari ilmu. Beliau mengikuti dan menyelami jalan ahli tasawwuf dan meninggalkan kerehatan dan tidur lebih dari 20 tahun sehingga beliau mempunyai kemahiran di dalam ilmu naqli (berasaskan al Quran dan Sunnah) dan aqli. Beliau pernah mengambil tariqat daripada Sayyid 'Atiyatullah al Hindi dan Sayyid Mustafa al Bakari.
Dengan ketinggian ilmu yang beliau miliki,Beliau telah mengarang banyak kitab yang sungguh bermanfaat. Di antaranya ialah kitab Maulid Nabi sallallahu 'alaihi wasallam yang tidak pernah ditulis oleh pengarang sebelumnya yang dinamakan dengan 'Iqd al Jauhar fi Maulid al Nabi al Azhar sallallahu 'alaihi wasallam.
Hubungan Sosial
Beliau juga mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat sehingga beliau telah dilantik sebagai Mufti Mazhab Syafie r.a di Madinah al Munawwarah. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga kesaat nafasnya yang terakhir...Di dalam perkhidmatannya di dalam menegakkan Agama ini,beliau dianugerahkan dengan kebesaran yang tinggi sehingga kata-katanya diperkenankan dan dilaksanakan oleh raja-raja dan pemerintah-pemerintah Haramain (Makkah dan Madinah), Mesir, Syam, Rom dan sebagainya.
Kata-katanya juga turut diterimapakai oleh Jemaah Menteri Kerajaan Uthmaniyyah dan pembesar-pembesar negara tersebut...Suaranya tersebar seperti burung yang berterbangan di seluruh pelusuk dunia...sehingga boleh dikatakan hampir tiada sesiapa yang tidak mengenalinya...Karyanya tersebar luas dan penghasilan kitab oleh beliau sungguh membawa manfaat yang besar di dalam dunia Islam...
Akhlaknya
Beliau mempunyai akhlak yang cukup mulia...bersifat tawadhu', mempunyai hati yang bersih, cepat memaafkan orang lain dan tidak mengabaikan hak orang lain. Beliau merupakan keturunan dari keluarga Rasulullah S.A.W dan merupakan salah seorang dari kalangan ketua yang menjadi tempat rujukan para insani yang berketurunan dari keluarga Baginda S.A.W pada zamannya. Beliau juga merupakan seorang yang zuhud, wara', berpegang teguh dengan al Quran dan Sunnah, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mengorbankan harta dan jiwa untuk melakukan kebaikan serta banyak bersedekah sehingga dikenali sebagai seorang dermawan.
Karamah Beliau
Beliau juga mempunyai karamah yang dizahirkan oleh Allah S.W.T...
Di antaranya, beliau pernah dipanggil dari tempat solatnya pada Hari Jumaat menaiki mimbar Rasulullah S.A.W. Ketika itu,negerinya sedang dilanda musim kemarau yang panjang...Lalu diilhamkan oleh Allah S.W.T kepada seorang hamba agar bertawassul dengannya supaya diturunkan hujan. Dengan kehendak Allah S.W.T,hujan telah turun dengan lebatnya...dengan itu,tanah yang kering kontang menjadi subur. Ramai di kalangan ulama' yang memujinya sepertimana ungkapan yang dirakamkan di dalam syair gubahan mereka. Di antaranya :
سقى الفاروق بالعباس قدما
و نحن بجعفر غيثا سقينا
وسيلنا إمام العارفينا
"Dahulu sayyidina Umar r.a pernah bertawassul meminta hujan dengan Sayyidina Abbas r.a, dan kini kami bertawassul dengan Ja'far r.a, maka diturunkan hujan kepada kami"
Khalifah Umar ibn al Khattab r.a sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Anas r.a pernah bertawassul dengan bapa saudara Nabi S.A.W, iaitu Abbas ibn Abdul Muttalib ketika berlaku musim kemarau. Umar r.a berdoa :
اللهم إنا كنا إذا قحطنا توسلنا إليك بنبينا فتسقنا وإنا نتوسل إليك بعم نبينا محمد صلى الله عليه وسلم فاسقنا, قال : فيسقون
Ya Allah! Sesungguhnya apabila kami menghadapi kemarau, kami bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami (Muhammad S.A.W) maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Dan sekarang ini, kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W, maka turunkanlah hujan kepada kami." Anas r.a menyebut, "Maka hujan pun diturunkan ke atas mereka."
Berbalik kepada kisah As-syeikh sayyid Ja'far al-Barzanji, selain dipandang sebagai mufti, beliau juga menjadi khatib di Masjid Nabawi dan mengajar di dalam masjid yang mulia tersebut. Beliau terkenal bukan sahaja kerana ilmu, akhlak dan taqwanya, tapi juga dengan karamah dan seorang yang di maqbulkan doanya. Penduduk Madinah sering meminta beliau berdoa agar Allah menurunkan hujan dikala musim-musim kemarau. Diceritakan bahawa suatu ketika di musim kemarau, sedang beliau menyampaikan khutbah Jumaatnya, seseorang telah meminta beliau beristisqa` memohon hujan. Maka dalam khutbahnya itu beliau pun berdoa memohon hujan,dengan berkat pertolongan Allah S,W.T,hujan terus turun dengan lebatnya sehingga seminggu lamanya...
Kisah ini mengingatkan kita dengan suatu kisah yang tidak asing lagi dengan umat islam...Hampir sama ceritanya...Subhanallah Tabaarakallah...sebagaimana peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Junjungan Nabi S.A.W...
Melalui peristiwa tersebut, maka sebahagian ulama pada zaman itu telah memuji beliau dengan bait-bait syair yang berbunyi:-
سقى الفروق بالعباس قدما * و نحن بجعفر غيثا سقينا
فذاك و سيلة لهم و هذا * وسيلتنا إمام العارفينا
Dahulu al-Faruuq dengan al-'Abbas beristisqa` memohon hujan
Dan kami dengan Ja'far pula beristisqa` memohon hujan
Maka yang demikian itu wasilah mereka kepada Tuhan
Dan ini wasilah kami seorang Imam yang 'aarifin
As-syeikh sayyid Ja'far al-Barzanji meninggal di Kota Madinah dan dimakamkan di Jannatul Baqi`, sebelah bawah maqam datuk dan nenek beliau dari kalangan anak-anak perempuan Junjungan Nabi S.A.W...
Itulah dia ulama' yang dikatakan ulama'Al-khair...
Karangannya telah membawa kesedaran kepada umat islam agar memperbanyakkan memperingati Junjungan Nabi S.A.W...Membawa kesedaran kepada umat agar kekal didalam mencintai dan merindui Junjungan Nabi S.A.W...
Setiap kali karangannya dibacakan, pasti ada selawat dan salam yang diukirkan kepada Junjungan Nabi S.A.W...
Umat islam juga tidak lupa mendoakan kebaikan buat Sayyid Ja'far yang telah banyak berjasa dalam menyebarkan keindahan sifat dan sirah kehidupan makhluk yang paling mulia dari keturunan Adnan...
اللهم اغفر لناسج هذه البرود المحبرة المولدية
سيدنا جعفر من إلى البرزنج نسبته و منتماه
و حقق له الفوز بقربك و الرجاء و الأمنية
و اجعل مع المقربين مقيله و سكناه
و استرله عيبه و عجزه و حصره و عيه
و كاتبها و قارئها و من اصاخ إليه سمعه و اصغاه
Ya Allah ampunilah pengarang jalinan mawlid yang indah nyata,
Sayyidina Ja'far seorang yang merupakan Barzanji itulah dinisbahkan pada dirinya,
Kejayaan berdampingan denganMu merupakan keuntungan baginya,
Juga kabul segala harapan dan cita-cita,
Jadikanlah dia orang yang bersama muqarrabin yang menetap di dalam syurga,
Tutupkan segala keaiban dan kelemahannya,
Segala kekurangan dan kekeliruannya,
Dan Seumpamanya,
Ya Allah harap dikurniakan jua kebaikan bagi penulis, pembaca serta pendengarnya...
Antara Karangan yang beliau tinggalkan:
- البر العاجل بإجابة الشيخ محمد غافل
- جالية الكدر بأسماء أصحاب سيد الملائك والبشر
- جالية الكرب بأسماء سيد العجم والعرب في أسماء البدريين والأحديين
- الجني الداني في مناقب الشيخ عبد القادر
- الروض المعطار فيما يحدي السيد محمد من الأشعار
- الشقائق الأترجية في مناقب الأشراف البرزنجية
- الطوالع الأسعدية من المطالع المشرقية
- العرين لأسماء الصحابة البدريين
- فتح الرحمن على أجوبة السيد رمضان
- الفيض اللطيف بإجابة نائب الشرع الشريف
- النفح الفرجي في فتح جته جي في التاريخ
- نهوض الليث لجواب أبي الغيث
- عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر صلى الله عليه وسلم
Jadi,Harapan pengarang agar kita tidak terburu-buru menilai dan merendah-rendahkan Ulama’-ulama’ Islam. Walaupun adakalanya kita tidak bersetuju pada sesetengah perkara di dalam masalah khilafiah, janganlah kita terus menghentam dan membuat pernyataan kepada sahabat kita yang tidak sefaham dengan kita dengan perkataan yang tidak sesuai dengan waqi'nya...Bid'ah dan sebagainya...Selagi mana perkara tersebut ijtihadiyah, contohnya pada menghukumkan hadis atau beramal dengannya, sepatutnya kita mengikut kaedah fiqh (الاجتهاد لا ينقض بالاجتهاد)- Ijtihad tidak dapat membatalkan ijtihad yang lain. Semoga segala yang baik daripada tulisan ini dapat diambil manfaatnya, dan jika ada kesilapan, sama-samalah kita perbetulkannya...
Rujukan:
1. Al-Kawakib Al-Anwar syarh Al-Maulid An-Nabawi, karangan Syed Ja’far ibn Al-Barzanji (keturunan Syed Ja’far Al-Barzanji pengarang Maulid), wafat pada tahun 1317 H bersamaan 1899 M, tahqiq Nada Farj Darwisy, disemak oleh Institut Pengkajian Akademik Universiti Azhar, cetakan Markaz ibn Al-Athar litthurath, muka surat 647-650.
2. Kasyfuz Zunun ‘an Asami Al-Kutub wal Funun, karangan Haji Khalifah, cetakan 1999 M Darul Fikr, Beirut, bab jim ‘ja’far’, jilid 5, muka surat 211.
3. Al-Asybah wan Nazhair, Jaluddin As-Suyuthy, cetakan ketiga 2005 M Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut, jilid 2, muka surat 225...
0 Teguran Sahabat...:
Post a Comment