Pages

Kalam Indah buat Muslimah yang Solehah dan barangsiapa jua yang bercita-cita kearahnya...

Assalamu'alaikum W.B.T...

"Kalam Terindah buat Muslimah ”



Addunya mata'...Wa khairul Mata'iha almaratussholehah...

 Suatu kisah yang cukup hebat untuk para sahabiyyah...
Suatu kisah yang berkisar tentang Kelembutan Hati si perindu yang merindui Allah dan Rasulnya...
Dikala Suatu saat di tengah hembusan angin dan kegelapan malam,menangis seorang wanita yg sangat di cintai oleh Rasulullah S.A.W...
Merupakan penghulu para wanita di syurga kelak…
iaitu Sayyidatina Fatimah binti Muhammad S.A.WW.
Maka berkata Sayyidatina Asma’ binti Humais,”Demi Allah apa yg telah membuatmu menangis Wahai puteri Rasulullah..?”
Lantas Sayyidatina Fatimah berkata : “Aku sedang memikirkan tetang apa yg dilakukan oleh insan lain terhadap jenazah seorang wanita, membungkusnya dengan kain kafan dan membawanya dalam keadaan yang menampakkan bentuk tubuhnya..!!!

Maka berkata Asma’ : “Subhanallah.. Dengan apakah ayahmu Rasulullah S.A.WW mendidik dirimu..? Ayahmu telah mendidikmu dengan rasa malu yang sangat tinggi. Engkau merasa malu jika jasadmu dilihat dan diperlihatkan di hadapan insan lain atau lelaki yg bukan muhrimmu..”
Kemudian Asma’ binti Humais berkata kepada Sayyidatina Fatimah : “Wahai Fatimah aku terdengar bahawa di negeri Habsyah mereka menyimpan jenazah di dalam peti kayu sebagai penutup yg yang digunakan bagi menutupi jasad si jenazah…”.


Setelah mendengar hal tersebut Sayyidatina Fatimah sangat gembira seraya berkata : “Aku wasiatkan kepadamu wahai Asma’ agar membuatkannya untuk jenazahku nantinya..”
Kemudian Sayyidatina Fatimah memanggil Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan berkata :

“ Ku rasakan bahawa ajalku kian dekat Wahai Suamiku, kuwasiatkan keatasmu 3 perkara, iaitu :
~Yang pertama : Setelah aku meninggal dunia nanti, kamu menikahlah dengan Umamah binti Ukhti Zainab.
~Yang kedua : Jangan ada yang memandikanku selain Engkau Wahai Ali…
~Yang ketiga : Kuburkanlah aku di malam hari.”

Tidak lama kemudian,Sayyidatina Fatimah dipanggil menghadap Allah S.W.T, dan Sayyidatina Fatimah meninggalkan dunia yang fana ini ketika umurnya 29 tahun. Sungguh,ia merupakan tahap umur yang cukup muda, namun Allah S.W.T lebih mencintai Sayyidatina Fatimah dan memanggilnya lebih awal. Maka berbahagialah Sayyidatina Fatimah kerana dapat mengunjungi ayahandanya yang tercinta Sayyidul Wujud Muhammad Rasulullah S.A.WW…

Sememangnya Sayyidatina Fatimah meninggalkan dunia yang fana ini dikala umur yang sangat muda...

Namun,pemergian Sayyidatina Fatimah telah meninggalkan suatu cahaya yang sangat terang kepada para wanita sebagai contoh yang cukup sempurna yang mana dapat membawa mereka masuk ke dalam suatu ruang sa'adah...
Iaitu ruang yang didalamnya terdapat keuntungan yang haqiqi didalam menggapai keredhaan Allah dan Kekasih Allah…

Maka berdoalah wahai para sahabiyyah...

"Wahai Tuhan Yang Dirimu Menguasai diriku... tolong berikan petunjukmu kepada kami... jangan Engkau jauhkan kami dari Sayyidatuna Fatimah...
Ya Allah.. di suatu masa dan sekian tempat dimana semua telinga mendengar seruan darimu “Tundukan kepalamu...!!! Pejamkan matamu...!!!”
Di kala Sayyidatina Fatimah Az-Zahra binti Muhammad dan pecintanya akan melewati titian sirath...
Ya Allah,janganlah pisahkan daku dari Sayyidatuna Fatimah dikala daku melewati titian sirathmu bersamanya...
Ya Allah... terimalah doaku wahai Tuhanku...
Terimalah taubatku Ya Ghaffar...
Bimbinglah daku ke jalan yang telah dilalui oleh Sayyidatuna Fatimah...
Washallahu wasallam 'Ala Sayyidina Muhammad wa'ala aalihi Washahbihi ajma'iin...
Amiin Ya Rabbal 'Aalamin...

{Kisah ini dirujuk dari sahabt yang mengambilnya dari Kalam Al Qutb Al Habib Abdul Qodir bin Ahmad Assegaf...}

Wassalamu'alaikum W.B.T...

0 Teguran Sahabat...: