Assalamu'Alaikum W.B.T...
Tawadhu' diri adalah salah satu syarat bagi keterbukaan hijab dan penuntun tangan si habib menerusi gerbangan pintu Cinta Allah yg senangtiasa terbuka bagi setiap makhluq-Nya... |
Sahabatku...
Sanggup kau gadaikan seluruh maruahmu di hadapan Tuhan-Mu...
Sesungguhnya kau telah rebahkan dirimu di hadapan sesuatu yang lain Dari-Nya...
Apa kau kira ada Dzat selain-Nya wahai sahabatku...?
Sahabatku...
Sedarlah akan ketiadaan dirimu...
Berbicaralah dengan Tuhanmu dengan keadaanmu yang Fana' di dalam Kekeuasaan-Nya...
Jika kau tersentuh api dosa,
Maka bersegeralah menyapu ia dgn ubat Khauf dan Raja'mu kepada-Nya...
Apabila berbicara dengan makhluq yang lain,janganlah diangkat lalu dipikul suatu yang wujud di atas ketidakwujudan dirimu...
Kerana itulah kesilapan yang jelas menjerumuskan dirimu di dalam lembah kemurkaan-Nya...
Jangan kau fikir dengan ilmu dan 'Amalmu maka kau dapat mengenal Diri-Nya...
Kerana ia hanyalah suatu syarat dari-Nya sbg wasail untuk sampai kepada-Nya...
Apakah kau tiada terfikir bahawa Dia berhak untuk menentukan hamba-Nya sampai kepada-Nya tanpa wasail yang kebiasaannya...
Sungguh...
Dialah yang Maha Berkuasa lagi tiada dipengaruhi akan segala percaturan-Nya lagi Yang mampu melenyapkan segala wasail antara hamba-Nya dengan Diri-Nya...
Ketahuilah wahai sahabatku...
Apabila berhubung si hamba dengan Rabbnya,
maka tiadalah yang wujud melainkan Tuhan-Nya...
0 Teguran Sahabat...:
Post a Comment