Assalamu'Alaikum W.B.T...
Tonggak Islam
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu teribna atas lima
perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah,
Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah
dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam
al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-Iman) bab باب الإیمان وقول
النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) ) hadis nombor 8. Al-Imam
Muslim dalam bab ( باب بيان أرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor
16).
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Binaan Islam :
Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari
daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka.
Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan
cabang-cabangnya.
2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya. Bagi yang menolak
semuanya – hukumnya kafir. Sesiapa yang ingkar salah satu – bukan muslim
(ijma). Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali
syahadah) – fasiq. Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura –
munafiq
3) Matlamat Ibadat :
Syahadah – syarat diterima amalan lain.
Solat – penghubung antara hamba dengan tuhannya – pertama dihisab .
Zakat – suburkan harta/ berkat – sucikan diri.
Solat – penghubung antara hamba dengan tuhannya – pertama dihisab .
Zakat – suburkan harta/ berkat – sucikan diri.
Haji – tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan
pemergiannya,wajib segerakan. Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
Puasa – syahwat dikengkang/ maksiat terhindar – sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.
Pengajaran hadis:
Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis
ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan
lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah
dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan
oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan
rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan
binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan
kemusnahan lslam.
Rujukan : Ustazazhar.com
0 Teguran Sahabat...:
Post a Comment