Pages

Siapakah Beliau Al-Habib Ali Zainal 'Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri Hafizhahullah...

Al-Habib Ali bin Abdurrahman Al-Jufri...

   
Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri dilahirkan di kota Jeddah, Arab Saudi pada waktu fajar pada hari Jumaat, 16 April 1971 bersamaan dengan 20 Safar 1391 H, permata yang lahir dari kedua ibu bapa yang nasab mereka sampai kepada Imam Hussein bin Ali ra...


Nasab :

Habib Ali Zainal Abidin bin Abdul Rahman bin Ali bin Alawi bin Muhammad bin Ali bin Alawi bin Ali bin Alawi bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Maulah anak Arsha putera Muhammad Abdullah al-Tarisi bin Alawi al-Khawas putera Abu Bakar anak Jufri putra Muhammad putera Ali putera Muhammad putera Ahmad al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Sahab Mirbat Muhammad bin Ali Khalil Alawi Qassam anak putera Muhammad putera Alwi putera Ubaidullah Ahmad al-Muhajir ila Allah Isa putera Muhammad al-Naqib bin Ali al -Uraidhi bin Jaafar as-Sidiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abidin putera dari Hussein (cucu Rasulullah saw) bin Ali bin Abu Thalib yang merupakan suami kepada Sayyidah Fatimah al-Zahra puteri Rasulullah saw...

Ibunya yang mulia Syarifah Marumah Binti Hassan bin Alawi bin Alawi Hassan bin Ali al-Jufri...



Pendidikan :

Habib Ali Al-Jufri mulai mempelajari ilmu sejak kanak-kanak lagi melalui gurunya yang pertama yaitu ibunya sendiri. Ibunya mempunyai pengaruh yang besar atas diri beliau dan dalam pelajaran dan rohani.

Antara guru-guru beliau ialah:
 
1)Habib Abdul Qadir bin Ahmad Al-Saqqaf, Jeddah -

Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf adalah salah seorang guru utamanya. Kepadanya beliau telah membaca dan mendengarkan pembacaan kitab Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, Tajrid Al-Bukhari, Ihya’ Ulumiddin, dan kitab-kitab penting lainnya.Beliau bersama dengan gurunya yang mulia ini semenjak beliau berusia 10 tahun sehinggalah beliau berusia 21 tahun...

2) Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad : -

Beliau juga berguru kepada Habib Ahmad Masyhur bin Thaha Al-Haddad yang merupakan seorang ulama terkemuka dan penulis karya-karya terkenal. Di antara kitab yang dibacakan kepadanya adalah Idhah Asrar `Ulum Al-Muqarrabin...

3) Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Makkah : -

Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki juga salah seorang gurunya. Kepadanya ia mempelajari kitab-kitab musthalah hadits, ushul, dan sirah...

4) Habib Hamid bin Alwi bin Thahir Al-Haddad : -

Kepada guru yang mulia inilah beliau mempelajari kitab  Al-Mukhtashar Al-Lathif dan Bidayah Al-Hidayah...

5) Habib Attas Al-Habsyi

6) Habib Abu Bakar Al-Masyhur Al-Adani : -

Beliau menimba ilmu kepada Habib Abu Bakar Al-`Adni bin Ali Al-Masyhur selama 4 tahun,kepada gurunya yang mulia inilah beliau membaca dan mendengarkan kitab Sunan Ibnu Majah, Ar-Risalah Al-Jami`ah, Bidayah Al-Hidayah, Al-Muqaddimah Al-Hadhramiyyah, Tafsir Al-Jalalain, Tanwir Al-Aghlas, Lathaif Al-Isyarat, Tafsir Ayat Al-Ahkam, dan Tafsir Al-Baghawi.

7) Habib Muhammad bin Abdullah Al-Hadar
 
8) Kemudiannya,Pada tahun 1412 H (1991 M) Habib Ali mengikuti kuliah di Dirasatul Islamiyyah,Universiti San`a, Yaman, sehingga tahun 1414 H (1993 M).

9) Habib Umar bin Hafiz : -

Kemudian ia menetap di Tarim, Hadhramaut. Di sini ia belajar dan juga mendampingi Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz sejak tahun 1993 hingga 2003. Kepadanya, Habib Ali membaca dan menghadiri pembacaan kitab-kitab Shahih Al-Bukhari, Ihya’ Ulumiddin, Adab Suluk Al-Murid, Risalah Al-Mu`awanah, Minhaj Al-`Abidin, Al-`Iqd An-Nabawi, Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah, Al-Hikam, dan sebagainya.

Selain kepada mereka, ia pun menimba ilmu kepada para tokoh ulama lainnya, seperti Syaikh Umar bin Husain Al-Khatib, Syaikh Sayyid Mutawalli Asy-Sya`rawi, Syaikh Ismail bin Shadiq Al-Adawi di Al-Jami` Al-Husaini dan di Al-Azhar Asy-Syarif, Mesir, juga Syaikh Muhammad Zakiyuddin Ibrahim. Di samping itu, Habib Ali juga telah mengambil ijazah dari 300 orang masyaikh dalam berbagai cabang ilmu... 


Aktiviti Da'wah Beliau :

Habib Ali Al-Jufri telah memberikan kelas untuk mengajar, bimbingan, nasihat, untuk membangunkan orang untuk tanggungjawab mereka dan untuk mengajak orang-orang kembali pada Allah dalam banyak negara, dimulai pada 1412 H/1991 di kota-kota dan desa-desa Yaman. Beliau memulai perjalanan di luar negeri 1414 H/1993 yang masih terus hari ini dan antaranya termasuk negara-negara berikut:

- Arab: UAE, Jordan, Bahrain, Arab Saudi, Sudan, Suriah, Oman, Qatar, Kuwait, Lubnan, Libya, Mesir, Maroko, Mauritania, Kepulauan Komoro dan Djibouti.

- Asia: Indonesia, Malaysia, Singapura, India, Bangladesh dan Sri Lanka.

- Afrika: Kenya dan Tanzania.

- Eropa: Britania Raya, Jerman, Perancis, Belgia, Belanda, Irlandia, Denmark, Bosnia & Herzegovina dan Turki.

- Amerika: 3 perjalanan yang pertama adalah pada tahun 1419 H/1998, yang kedua adalah pada 1422 H/2001 dan yang ketiga yang pada 2002/1423, di samping juga mengunjungi Kanada.


Wallahu A'lam...

Siapakah beliau Al-'Alimurrabbani As-Syeikh Muhammad Yusuf Bin Ahmad Al-Kelantani ( Tok Kenali ) R.A...

Sejarah Tok Kenali...
Pendahuluan 

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh Ulama' Ulung , guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. 
Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Rasulullah (S.A.W). Malah beliau juga digelar "Wali Allah" memandangkan kelebihan dan keistimewaan yang anugerahkan oleh Allah (S.W.T).
Beliau juga disebut sebagai Ulama yang Zuhud kerana memilih hidup sederhana dan mendapat ilham daripada Allah (S.W.T) sebagai "Ilmu Ladunni" (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).

Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala ibunya bernama Fatimah. Ibunya adalah anak seorang Lebai yang kuat beramal ibadat serta ilmu agama yang tinggi yang dikenali dengan panggilan Tok Leh. 

Kecenderungan Tok Kenali dalam pelajaran dan minat mendalami agama sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju dan ingin tahu meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang singkat dia telah berjaya khatam kitab suci Al-quran pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik. Kerana itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapan tahun.

Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tok kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Ililah menunjukkan bahawa Tok kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat. Beliau adalah seorang anak yang genius. Telah terbukti apabila pada usia 9 tahun beliau telah dilantik menjadi kerani oleh Penggawa atau Penghulu Kubang Kerian iaitu Tok Kweng Ahmad. Penggawa tersebut amat tertarik dengan kepintaran & sikap ingin tahu beliau dan ingin maju dalam diri beliau. Anak bongsu Tok Kenali yang paling banak mendekati masyarakat dari segenap lapisan. Terkenal sebagai pembaca Quran yang handal, ahli lagu dan qasidah yang terkemuka di Malaysia. Mendapat pendidikan di Mekah sehingga ke peringkat menengah tinggi dan memasuki kuliah Syariah di salah sebuah universiti di Mekah dan pernah berkhidmat dengan kerajaan Arab Saudi sebagai pegawai pendidikan dan pernah juga menjadi pengetua di beberapa buah sekolah menengah di Arab Saudi.

(Masjid Asal Tok Kenali yang telah di baik pulih)

Sekiranya kita meneliti sejarah hidup Ulama terkenal ini, pastinya kita akan terasa kagum dengan kebolehan dan kekeramatan yang dimiliki beliau atas kurniaan Allah (S.W.T) kerana sepanjang hayat beliau menghabiskan masa dengan mencurahkan ilmu pengetahuan dan berbakti kepada masyarakat khususnya pada Agama demi mencari keredhaan Allah (S.W.T). Beliau mula belajar pada usianya masih kecil iaitu belum "mumaiyyiz" lagi. Malah sebelum menyambung pembelajarannya ke Mekah, beliau telah pun berbakti kepada masyarakat dengan mengajar Ilmu Agama, Nahu dan juga Bahasa Arab di kampungnya.


Riwayat Hidup Tok Kenali 

Beliau dilahirkan pada 1287H bersamaan 1868M di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Beliau juga dikenali dangan nama timangannya "Awang" dan juga "Awang Kenali", akhirnya dikenali dengan Nama "Tok Kenali".

Tok Kenali menjadi yatim pada usia 5 tahun apabila bapanya kembali ke rahmatullah. Bermula saat itulah beliau dijaga oleh datuknya "Tok Leh". Hasil didikan dan asuhan datuknya, beliau mahir membaca dan menulis, disertai dengan didikan dan asuhan Ibunya yang menitik beratkan kesopanan dan peradaban. Ibunya yang bercita-cita tinggi ingin melihat anaknya hidup seorang yang berilmu dan dihormati serta dapat menyumbangkan ilmu kepada masyarakat. Ditambah lagi dengan asuhan Nenek tirinya Tok Mek Ngah yang sangat mengambil berat tentang penjagaan makan minum cucunya sebagaimana menjaga anaknya sendiri. Tok Mek Ngah sama sekali tidak akan membenarkan cucunya memakan makanan yang dibeli di pasar oleh kerana tidak tahu siapa yang memasak dan tidak tahu kualiti kebersihan makanan itu, sebaliknya beliau akan memasak sendiri bagi menjamin kebersihan zahir dan batin untuk cucunya makan. Berpunca daripada asuhan yang baik dan sempurna serta pemakanan bersih lagi halal, maka lahirlah seorang insan yang mulia serta bercita-cita tinggi untuk mendalami ilmu agama.


(Pandangan sebelah belakang Masjid Tok Kenali)
Pendidikan Tok Kenali

Pendidikan pertamanya bermula dari rumahnya sendiri iaitu beliau telah berguru dengan datuknya Tok Leh. Pelajaran pertamanya yang dipelajarinya adalah kitab suci Al-Quran Al- Karim, iaitu dengan mempelajari bacaannya. Seterusnya beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Ibrahim sewaktu usianya 6 tahun dan beliau berusaha menghafaz ilmu yang baru dipelajarinya. Ingatannya juga cukup kuat, dengan hanya sekali diajar mengaji beliau sudah boleh membaca Al-Quran dengan tajwid dan tartilnya sekali. Beliau juga dikagumi oleh gurunya.

Satu perkara aneh yang ada pada diri beliau ialah, beliau agak keberatan untuk membaca pelajaran yang beliau telah mempelajarinya semalam walaupun diminta olae gurunya, sebaliknya meminta diajar pelajaran yang baru. Katanya pelajaran yang sudah dipelajari semalam beliau sudah tahu dan apabila diuji oleh gurunya ternyata beliau cukup fasih dan tepat sekali bacaannya.

Pada umur 10 tahun beliau menuntut di masjid besar Kota Bharu iaitu Masjid Besar Muhammadi, masjid tersebut adalah menjadi pusat pengajian terpenting di Nusantara ini dan beliau pergi menuntut dengan berjalan kaki pergi dan balik sejauh 8km untuk sampai ke masjid tersebut tujuannya untuk mendalami ilmu agama dan tatabahasa Arab. Menurutnya, seorang yang ingin mendalami dan menguasai ilmu agama wajib mahir dalam bahasa Arab. Sekiranya kita fasih berbahasa Arab, kita akan dapat memahami Al-Quran dan hadis Nabi.

Baginya berjalan kaki sejauh 8km bukan satu penghalang padanya untuk mencapai cita-citanya untuk menimba ilmu yang berguna. Tok Kenali telah berguru dengan ramai ahli ulama pada ketika itu, berkat didikan daripada guru-gurunya beliau mahir menguasai kitab-kitab Islam dengan baik. Sudah menjadi adat atau tradisi masyarakat Melayu pada ketika itu untuk mengahwinkan anak perempuannya pada usia muda kerana takut dan bimbang jika anak perempuannya kahwin lambat kerana bimbang akan menimbulkan fitnah sekiranya berkahwin lambat. Oleh itu seorang pemuda yang tinggi ilmunya menjadi rebutan kepada orang tua si gadis untuk menjadikan Tok Kenali sebagai menantu. Akhirnya beliau dikahwinkan dengan seorang gadis pada usia beliau 16 tahun, malangnya usia perkahwinannya hanya kekal selama satu tahun sahaja disebabkan kahwin paksa atas kehendak orang tua. Dalam tempoh perkahwinannya yang singkat itu, datuk dan nenek kesayangannya meninggal dunia dan beliau pula telah bercerai dengan isterinya. Lalu beliau telah mengarang sepotong syair nyang berbunyi "Tiada isteri dipelukkan kitab, datuk pula meninggalkan harap". Selepas beliau bercerai dengan isterinya, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Tanah Suci Mekah pada tahun 1887 (1305H) pada umurnya kira-kira 18 tahun, beliau menaiki kapal layar yang sering berulang-alik berdagang di rantau ini. Perjalanan sepatutnya selama 3 bulan tetapi telah menjadi 6 bulan disebabkan layarnya patah ditengah lautan Hindi dan Laut Merah. Oleh kerana terlalu lama di lautan, makanan dan minuman air tawar kehabisan lalu beliau terpaksa meminum air masin lautan Hindi untuk meneruskan perjalanannya ke Tanah Suci Mekah. Sesampainya beliau ke Tanah Suci Mekah, musim haji sudah habis. Selama 7 bulan beliau tinggal di Tanah Suci Mekah tanpa kediaman, hanya menumpang tidur dan berbantalkan lengan di serambi Masjidilharam sahaja. Selepas 7 bulan beliau di sana barulah beliau mendapat tempat tinggal yang lebih baik. Beliau telah menjadi tukang masak kepada kawan-kawannya. Dengan ini beliau mendapat upah dan dapatlah menampung perbelanjaan pengajiannya kerana beliau tidak pernah mendapat kiriman wang daripada ibunya di kampung kerana ibunya hidup susah di kampung. Apabila beliau mempunyai sedikit wang, beliau tidak kedekut untuk membeli kitab-kitab agama bagi membantu pengajiannya. Beliau suka membaca dan mentelaah kitab-kitab dari ulamak-ulamak dan para failasuf islam, beliau banyak membaca dan banyak membuat kajian tentang apa yang beliau pelajari. Pada tahun 1904M, beliau telah melawat Mesir bersama Tuan Guru Wan Ahmad, Encik Nik Mahmud (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) dan Haji Ismail Patani. Tujuan lawatan beliau adalah untuk belajar dan mengkaji hal-hal perkembangan pelajaran yang berhubung dengan agama islam di Universiti Al-Azhar dan tempat-tempat pengajian di sekitar kota Kahirah.

Kehidupan beliau di Tanah Suci Mekah amatlah sederhana terutama dari segi pakaian, makanan dan minuman. Beliau hanya mempunyai 2 helai kain sahaja dan beliau memakai baju 'tut' iaitu baju panjang tanpa kain sarung yang menyamai jubah labuh. Makanannya juga serdehana kerana menurut falsafahnya, beliau "makan hanya untuk hidup, bukan hidup untuk makan".Menurut Abdullah Al-Qari (1938), semasa di tanah suci, beliau berpegang kuat kepada falsafah, "membeli apabila penuh saku, berhenti jika tangan kosong, pemberian Tuhan pantang disungkal". Nikmat Tuhan lebih dari bilangan rambut wajib disyukuri. Pelbagai rintangan yang diterimanya di Tanah Suci Mekah dalam usaha untuk mendapatkan ilmu untuk bekalan dalam hidupnya, namun beliau tidak pernah berputus asa atau menyesal sebaliknya sentiasa bersyukur dan memohon limpah kurina Illahi. Beliau pernah menurunkan doa yang sentiasa beliau pohon semasa di Tanah Suci Mekah.

Doa tersebut yang berbunyi:
"Allahu..., wahai Tuhanku, kasihani apalah kiranya kepada aku, hambamu yang datang dari tanah yang jauh menumpang bertenggek di tanah suci dan di serambi Masjidilharam Mu yang mulia. Kasihani wahai Tuhan yang rahman, penuhilah dadaku dan sakuku, banyakkanlah makanan dan tempat kediamanku, gantikanlah nasi buburku dengan nasi keras yang menyegarkan, Lailahhailla antasubhanakainni kumtuminadzalimin. 

Kerana ketulusan hatinya yang suci itu, sentiasa pula merendahkan diri dan sederhana dalam segala hal, setiap doa dan permintaan beliau kepar dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T sentiasa disyukurinya dan beliau tidak putus-putus berdoa dna memohon pada Allah S.W.T agar dipelihara Allah S.W.T dan mendapat kehidupan yang baik semasa di sana. Akhirnya berkat doanya yang tulus suci itu beliau memperoleh tempat pergantungan yang lebih baik lagi. Dengan ini suasana pengajiannya juga bertambah baik dan sempurna.

Setelah kehidupannya berubah menjadi lebih baik sedikit beliau telah mampu membeli sendiri kitab-kitab agama pengajiannya.Segala ilmu yang di baca dan dipelajarinya tersimpan didalam ingatannya begitu kuat sehingga sukar sekali dilupakan. Inilah satu kelebihan pada beliau yang dikurniakan semenjak beliau dari kecil lagi. Arus kehidupan di rantau orang ada pasang surutnya. Atas desakan ekonomi yang agak genting beliau terpaksa menjual kitab-kitab miliknya dengan sedikit potongan kepada toko-toko buku dari satu masa ke satu masa. Dengan cara itu beliau dapat menggunakan wang tersebut untuk membeli kitab-kitab yang baru pula yang belum dipelajarinya. Penjualan kitab-kitab yang telah habis dibaca dan dipelajarinya sedikit pun tidak merugikan beliau kerana segala isi kitab tersebut telah tersimpan di dalam ingatan dengan kuat. Apabila beliau pulang, beliau Cuma membawa dua buah kitab sahaja iaitu Kitab Maghni Al Baib dan Kitab Asmuni (atau Surah Yassin) berserta ilmu pengetahuan dan kepakaran agama yang bagitu mendalam di dalm dada serta ingatannya.

Tok Kenali telah memperoleh ilmu dari pada banyak tuan-tuan guru dan ulama-ulama besar di Mekah. Guru pembimbing utama Tok Kenali semasa di Mekah yang juga menjadikan Tok Kenali sebagai anak angkatnya ialah Al Alamah Asy Sheikh Wan Ahmad Zain bin Mustafa Al Fatani.


Kepulangan Tok Kenali

Pada tahun 1909M (1327H) beliau pulang ke tanah air selepas menjalani pengajian selama 17 tahun di tanah suci Mekah. Keputusan diambil untuk pulang ke tanah air apabila selepas tuan guru kesayangannya Syeikh Wan Ahmad meninggal dunia di Mekah pada 1906M (1325H). Pada tahun 1911M (1329H) beliau pulang ke tanah air setelah merasai dadanya sudah penuh dengan ilmu pengetahuan dalam yang telah dipelajarinya lebih kurang 25 tahun daripada tuan gurunya. Beliau bertekad untuk mencurahkan segala ilmunya kepada anak bangsanya. Beliau pulang ke tanah air menaiki kapal layar yang menyusuri pantai Arab, Andam, India melalui singapura dan akhirnya tiba di Kelantan. Atas kesedaran dan dorongan oleh ibunya bertapa pentingnya pendidikan yang lebih baik dan tersusun lagi berkesan beliau telah membuka dua buah pusat pengajian sekolah pondok di kampung kelahirannya di kampung Belukar iaitu tempat Masjid Kenali sekarang dalam Mukim Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung. Di mana beliau tinggal, orang akan berduyun-duyun mengikutinya sehingga pondoknya semakin bertambah besar ekoran bertambahnya bilangan murid beliau. Hasil dari didikan beliau, lahirnya guru-guru agama dari pondok tersebut. Selepas itu guru-guru tersebut membuka pondok pengajian di tempat masing-masing. Selain mengajar di pondok beliau, Tok Kenali juga menjadi guru di Masjid Besar AL-Muhammadi, Kota Baharu. Ketika itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di Kelantan dan juga dikenali sebagai "Serambi Mekah" sehingga namanya termasyur ke serata ceruk di Semenanjung, Indonesia, Kemboja, Patani dan lain-lain negara. Beliau membahagikan masa mengajar dalam seminggu 3 hari di Masjid Muhammadi di Kota Bharu dan 4 hari di pondoknya. Ramai murid-murid datang belajar di pondok beliau dari seluruh pelusuk negeri dan juga negara. Selain Tok Kenali ada juga guru-guru yang mengajar di pondok tersebut. Murid-murid yang mempunyai kebolehan dalam pelajarannya akan dilantik sebagai seorang pemimpin kumpulan disamping itu kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan kepada pelajar-pelajar dan juga orang-orang kampung. Murid beliau yang pertama ialah Almarhum Tuan Guru Haji Mohd Jebeng (Jambang) dan Almarhum Lebai Ahmad. Kedua-dua murid beliau ini disuruhnya menghafal nahu dan tasrif. Cara-cara Tok Kenali mengajar kepada murid-muridnya agak luar biasa, Tok Kenali mengajar tanpa kitab di hadapannya sedangkan murid-murid mempelajarinya dengan menggunakan kitab di hadapannya. Inilah menunjukkan bahawa Tok Kenali mempunyai daya ingatan yang kuat. Selepas ibunya meninggal, Tok Kenali berhijrah ke Kota Bharu atas permintaan Datuk Paduka Perdana Menteri yang juga kawan baiknyadan mencurahkan sepenuh tenaganya sebagai pengajar utama di Masjid Muhammadi. Dalam pendidikan mencurahkan ilmu beliau berpegang kuat kepada falsafah dakwah, tarbiah dan ilmu perlu di sebarluaskan kepada orang ramai. Sejak itu nama Tok Kenali semakin mekar mengharum dan masyhur sebagai tuan guru yang mahir dalam ilmu nahu, saraf dan tasawuf, tafsir, hadis, tauhid, feqah dan sebagainya. Masa berlalu begitu pantas, nama Tok Kenali masyhur sebagai ulama terbilang dan sebagai wali Allah.S.W.T dan menenggelamkan nama sebenar beliau Mohammad Yusof Ahmad dengan gelaran "Tok Kenali" kekal sehingga ke akhir hayatnya malah sehingga ke hari ini.
Selama 25 tahun hidup menduda dan tinggal sebatang kara, akhirnya beliau mendirikan rumahtangganya sewaktu usianya menjangkau 40 tahun dengan seorang janda muda yang berusia 18 tahun yang bernama Siti Ruqayah. Hasil perkahwinan dengan Siti Ruqayah, beliau dikurniakan 4 orang cahaya mata lelaki. Kesemua anak lelakinya ini berjaya menjadi tuan guru yang berilmu.

Cahaya Mata Tok Kenali

i) Tuan Guru Haji Ahmad (1909-1979)

Anak sulung Tok Kenali yang sempat mendapat bimbingan ilmu daripada ayahnya. Lebih dikenali dengan nama ’Tok Bangkok’, sebab tempat tinggal beliau di kenali bersebelahan dengan pondok penuntut-penuntut dari Siam (Bangkok). Beliau juga seorang guru yang utama dan mengambil alih serta menyanbung usaha murni bapanya dengan mengajar di pondok pengajian peninggalan bapanya. Tok Bangkok memang disenngi oleh semua orang kerana sikapnya yang suka mengambil berat dan sentiasa menyampaikan nasihat dan ajaran walau di mana saja beliau berada. Apa yang menaraik tentang beliau ialah beliau amat disukai oleh kanak-kanak, kerana sikapnya yang pemurah dan suka mengambil hati kanak-kanak. Apabila beliau keluar ke satu-satu tempat, poketnya pasti berisi bungkusan gula-gula yang akan diberikan kepada kanak-kanak yang ditemuinya.

ii) Tuan Guru Haji Muhammad Salleh (1911)
Beliau adalah anak Tok Kenali yang paling lama belajar serta tinggal di Mekah, iaitu meninggalkan kampung halaman kira-kira 6 tahun sebelum Tok Kenali meninggal dunia. Iaitu kira-kira pada tahun 1927M (1347H). Beliau terus menetap di sana dan menjadi salah seorang tenagn pengajar di Masjidilharam, Mekah. Beliau juga adalah seorang pengarang dan telah mengarang lebih 60 buah kitab dan pelbagai risalah agama. Setiap tahun tidak kurang dari dua atau tiga hasil cipta karangannya akan dikirimkan ke tanah air untuk dicetak.
Pada tahun 1962M (1382H) beliau telah bekunjung ke tanah air bat beberapa ketika dan membuat lawatan ke beberapa buah negeri di Malaysia Barat sambil menyampaikan ajaran-ajaran Islam yang sebenar berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Beliau menetap di Tanah Suci Mekah sebagai guru pengajian Quran di salah sebuah sekolah Arab di Kota Mekah. Beliau juga pandai memasak seperti almarhum bapanya, Tok Kenali.

iii) Tuan Haji Mahmud (1913M)
Anak Tok Kenali yang ketiga ini tidak kurang juga handal ilmu agamanya. Pernah menjadi khatib sambilan di masjid peninggalan bapanya di Kubang Kerian dan seorang yang kerap berpidato, memberi nasihat dan pengajaran di samping menguruskan perniagaannya sendiri.

iv) Tuan Haji Abdullah Zawawi (1926M)

Akhlak dan Peribadi Terpuji Tok Kenali

Kemasyhuran Tok Kenali sebagai ulama besar, namun terkenal juga sebagai seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan amalan yang amat baik dan menjadi contoh tauladan kepad umat Islam yang lain. Antara sifat-sifat terpuji dan amalan istimewa beliau ialah:
  • Beliau sangat menghormati dan memuliakan ibunya dan selalu memohon restu kepada ibunya sebelum melakukan sesuatu perkara yang baru. Beliau sentiasa memberitahu perkara gembira kepada ibunya selam beliau berada di Tanah Suci Mekah.
  • Beliau tidak pernah merandah-rendahkan orang lain. Contohnya tidak merendahkan murid-muridnya yang lemah dalam pelajaran kerana beliau menganggap bijak atau lemahnya seseorang itu adalah kurniaan Illahi.
  • Seorang yang zuhud, sentiasa merendah diri, sangat pemurah dan suka menderma terutamanya kepada orang fakir dan miskin.
  • Sentiasa menerima undangan dan jemputan, tidak pernah menolak jemputan atau hajat orang ramai kecuali beliau dalam keuzuran.
  • Beliau suka beriktikaf di masjid, berzikir, memperbanyakkan ibadat dan kurang tidur.
  • Menggemari kata-kata hikmat, kata-kata sakti dan syair-syair Arab.
  • Kerap menulis di atas tapak tangan kerana menganggap tapak tangan adalah sebagai meja yang kecil.
  • Beliau seorang penyabar, tidak lekas marah, tidak pernah memukul atau merotan anak-anaknya. Anak-anaknya disuruh tanpa perintah, cukup dengan contoh perbuatannya sahaja.
  • Gemar membaca buku-buku agama, cerita-cerita agama dan majalah-majalah ilmiah di mana-mana sahaja beliau berada.
  • Rela berkorban. Sentiasa mengorbankan wang demi ilmu pengetahuan malah pernah membayar sebuah kitab dengan harga puluhan ringgit semata-mata kerana di dalamnya terdapat beberapa perkataan yang baru kepadanya.
  • Tidak mahu mengambil kembali barang-barang miliknya yang tercicir dan dijumpai oleh orang lain walaupun orang tersebut memulangkan kepada beliau kerana menganggap barang tersebut adalah rezeki orang yang menjumpainya.
  • Mempunyai daya ingatan yang cukup kuat. Iaitu sentiasa mengingat setiap masalah yang ditanya kepada beliau walaupun orang yang bertanya itu sendiri sudah lupa. Beliau juga mampu menceritakan dengan baik segala apa yang sudah dibacanya sebelum itu. Menutup kitab pengajarannya tanpa menandakan tempat berhenti tetapi sebulan kemudian dapat terus membuka dengan tepat bahagian atau mukasurat yang beliau hentikan.
  • Suka berjalan kaki sebagai satu latihan untuk melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.
  • Suka membuat sendiri pekerjaan tanpa meminta pertolongan orang lain. Contohnya pergi ke pasar sendiri dan apabila pulang bakulnya penuh berisi dengan pemberian orang.
  • Tidak pernah menolak sebarang pemberian orang kepadanya.
  • Pakaiannya cukup sederhana iaitu hanya sehelai kain pelikat, kadang-kadang berbaju jubah dan kadang-kadang tidak. Kepalanya pula sering terbuka atau kadang-kadang berlilit serban putih yang panjang. Jelas menunjukkan peribadi seorang wali atau ahli tasawuf atau ahli sufi.
  • Di dalam kehidupan sehari-hari sentiasa membaca surah Al-Ikhlas dan lidahnya sentiasa basah dengan zikir-zikir memuji nama Allah S.W.T dan juga selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
  • Selalu berdoa dengan doa yang bersumberkan doa daripada Imam Al-Ghazali, seorang filosof Islam yang terkenal.
Inilah akhlak dan peribadi yang ada pada Tok Kenali, ketinggian dan kemuliaan budi pekerti yang dimiliki oleh Tok Kenali hasil daripada ilmu yang di pelajarinya iaitu ilmu Tarekat dan penghayatan ilmu Tasawuf dalam dirinya.


Detik-detik Akhir Hayat Tok Kenali

Pada akhirnya hayatnya, Tok Kenali diserang sakit kaki secara tiba-tiba. Semakin hari semakin sakit. Empat bulan kemudian sakitnya masih tidak berkurang malah semakin merebak dan memburuk pada kakinya. Saat itu beliau tidak dapat berjalan, sekadar bergerak di dalam rumah sahaja. Namun tidak pernah keluar keluhan atau kekesalan dari mulut Tok Kenali. Apabila terasa sakit digosoknya dengan tangan sahaja, hingga akhirnya kaki beliau berulat. Apabila anak muridnya yang hendak mengeluarkan ulat kakinya, beliau tidak membenarkan anak muridnya mengeluarkan ulat tersebut. Beliau berkata "Biarlah, ulat ini pun suatu penghidupan semacam kita jua, ia juga mahu makan seperti kita makan" (Abdullah Al-Qari 1938:96). Malah pernah mendengar cerita, beliau pergi mandi di perigi, ulat di kakinya yang sakit itu terjatuh, lalu beliau memanggil muridnya untuk mengambil dan meletakkan kembali ulat tersebut ke tempat asalnya pada kaki beliau.
Sewaktu beliau menderita sakit, orang ramai bertali arus datang berduyun-duyun dan tidak putus-putus menziarahi beliau pagi dan petang. Selama dua bulan beliau berada di dalam kesakitan yang amat sangat, maka Tok Kenali menghembuskan nafasnya yang terakhir meninggalkan alam yang fana ini menuju ke alam barzakh pada hari Ahad 19 November 1933M (2 Syaaban 1352H) dalam usianya 65 tahun. Jenazahnya diziarahi oleh tidak kurang dari 2500 orang yang datang dari seluruh pelusuk dan disembahyangkan oleh lebih daripada 1000 orang. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama "Kubur Tok Kenali" kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu diziarahi oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang Mulia Sultan Ismail Petra). Sehingga ke hari ini kubur Tok Kenali diziarahi oleh ramai murid-murid beliau yang ada berselerak di seluruh negara dan juga pelawat-pelawat.

Selepas 32 tahun pemergian Tok Kenali, diikuti pula oleh isterinya Hajah Roqayah yang meninggal di Tanah Suci Mekah pada 26 Muharam 1384H (1964M). Setelah beliau menghidap penyakit mati sebelah tubuh selama lebih kurang 2 tahun iaitu bermula pada tahun 1382H (1965M).

Jasa dan Bakti Tok Kenali

Beliau banyak berjasa kepada dunia Islam khasnya masyarakat Islam. Beliau telah menyumbangkan baktinya di kampungnya sendiri sebelum mendalami ilmu agama di Tanah Suci Mekah.Sekembalinya dari Tanah Suci Mekah, beliau terus berbakti mengajar murid-muridnya sehinggalah ke akhir hayatnya. Terlalu banyak sumbangan dan jasa beliau telah dicurahkan tidak terkira banyaknya ilmu yang telah diturunkan kepada murid-muridnya.
Antara sumbangan yang besar beliau ialah:


  • Mendirikan pondok dan memberi galakan kepada sistem pondok. Walaupun sistem pondok ini telah wujud sebelum zaman beliau lagi namun telah disemarakkan oleh beliau dengan sistem penyampaian yang baru iaitu pelajaran secara berhalaqah, (melantik seorang murid yang lebih pandai untuk menjadi kepala telaah dalam kumpulannya). Beliau juga mendirikan "Jam’iyyah Al-Asriyyah" sebagai tempat perbincangan ilmu.

  • Melahirkan sistem menghafal dalam pembelajaran agama. Sistem ini digunakan dalam bidang bahasa Arab, Ilmu Tauhid, Fekah, Tasawuf dan Tafsir Al-Quran.
  • Memberi pengajaran dan kefahaman mengenai kitab-kitab Arab dan Melayu. Bidang-bidang tersebut ialah bahasa Arab, Tauhid, Fekah, Tasawuf dan Tafsir Al-Quran.

         Harimau mati meninggalkan belang,
         Manusia mati meninggalkan nama,
        Jasa dan bakti selalu dikenang,
        Amalannya mengikut pegangan agama.

  • Melahirkan ’Angkatan Ulama’ yang menceburkan di dalam pelbagai bidang ilmu. Contonya bidang Tauhid (Almarhum Tuan Guru Haji Ya’kub bin Ismail Legor, Tuan Guru Syeikh Salih Tok Kenali. Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Tok Kenali. Bidang Fekah (Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payung, Tuan Guru Haji Solahuddin Pulau Pisang dan ramai lagi). Bidang Tasawuf (Almarhum Tuan Guru Haji Ya’kub bin Ahmad Lorong Gajah Mat, Almarhum Tuan Guru Haji Daud bin Haji Umar Bukit Abal). Bidang Tafsir (Doktor Asy-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi, Almarhum Datuk Haji Hassan Yunus). Bidang Hadis (Doktor Asy-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi). Bidang bahasa Arab (Haji Ali Salaahuddiin Al-Ibtida’iyyah atau Tok Sibawaih), bidang perkamusan, bidang sejarah dan juga bidang falak.
  • Melahirkan "Angkatan Pendakwah" atau ulama yang membuka pondok. Antaranya ialah Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Tahir (Bunut Payung), Almarhum Tuan Guru Haji Ya’kub (Legor – Selatan Thailand), Almarhum Tuan Guru Haji Zainal ’Abidin (Sura, Dungun, Terengganu), Almarhum Tuan Guru Haji Salaahuddin (Pulau Pisang), Tuan Guru Haji Hasbullah dan Tuan Guru Haji Md. Nor (Buk, Ketereh).
  • Pengasas Sekolah Arab, iaitu Almarhum Asy-Syeikh Uthman Jalaaluddin Al-Kelantani yang membuka Madrasah Manaabi’ Al-Uluum, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
  • Melahirkan golongan yang menjadi mufti seperti Saahib Al-Fadhilah Almarhum Datuk Haji hmad Mahir (Bekas Mufti Kelantan), Saahib Al-Fadhilah Datuk Haji Ismail Yusof (Timbalan Mufti Kelantan dan Saahib Al-Fadhilah Almarhum Tuan Haji Hasan (Bekas Mufti Melaka).
  • Melahirkan ahli politik, iaitu Almarhum Datuk Haji Hasan Al-Azhari (Bekas Menteri Besar Johor).
  • Mendorong pembukaan sekolah-sekolah Melayu, ini mamandangkan segala urusan kemajuan kampung terutama yang berkaitan dengan pelajaran akan dirujuk kepada beliau terlebih dahulu. Di mana pada tahun 1920M Sekolah Melayu Kubang Kerian berjaya didirkan.
  • Tok Kenali juga dipercayai pernah mengumpul dan menyimpan hasil kesusteraan Melayu Klasik iaitu "Cetera Raja Muda".




Rujukan Dari :

Ilmul Kalam...

Ilmu Kalam( Manhaj Sifat 20)...

20 SIFAT-SIFAT KETUHANAN

Di permulaan medan ini,ingin saya nyatakan sebagai tazkirah dan bukan sebagai pengajar atau guru atau yang setaraf dengan nya...


Adalah 20 sifat Allah ini adalah Ijma' Ulama' menyatakan ia adalah sifat Allah Yang Kamalat dan saling berkhilaf antara 'lama' pada membilangnya...
Ada setengah dari mereka membilangnya dengan 20, ada yang membilangnya dengan 12 dan ada yang membilangnya dengan 13 sifat...
tetapi yang masyhur di perkatakan adalah ada 20 Sifat yang wajib di ketahui secara Tafshili...


Lagi di ingatkan bahawa 20 sifat yang dinyatakan ini bukan menggambarkan sifat Allah itu bersusun,berbilang dan segala apa yang tiada layak ia di sandarkan pada-Nya...
Maha Suci Allah dari sebarang hal yang sedemikian...


Ini adalah manhaj atau wasail atau tangga bagi faham...


Adalah segala sifat-sifat ini bukan di ambil ia dari Ilmu Filsafah Greek ataupun yunani seperti yang di katakan oleh setengah dari kita...


Ketahuilah bahawa Sifat-sifat ini di gali dari Al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W...
Lalu yang dapat di gali serta masyhur di bawa sebagai i'tiqad ahlussunnah wal jama'ah adalah 20 sifat Allah yang wajib di ketahui secara Tafshili...
yang mana terdapat kaedah2 tertentu yang menyebabkan ia kelihatan bersusun secra zahir ilmu yang merupakann tangga bagi mendapat faham...


Bukanlah angka 20 di sini menunjukkan sifat Allah itu terhad...
ia menunjukkan bahawa aqal kita adalah sangat terbatas sehinggakan apa yang dapat di capai oleh aqal orang yang paling hebat dari kalangan kita Umat Nabi Muhammad S.A.W yakni Ulama'2 adalah terbatas dan tetap tidak dapat menandingi Kebijaksanaan dan Kehebatan Allah...
Senang cakap Aqal kita hanya mampu mencapai kepada tahap itu...


ku umpamakan seperti ini...


Tiada semua dari kalangan kita yang mampu menyelam kedalam laut yang sedalam-dalam mungkin pada kedalaman laut yang sangat dalam kapasitinya/atau tidak diketahui secara persis akan kedalamannya...
walaupun kedalamannya infinity pada haqiqatnya namun tetap kita selami jua kerana keinginan mengenali laut dan isi kandungannya. Namun yang hanya dapat di capai oleh kalangan kita yang paling handal menyelam setelah di ajar oleh seorang pengajar yang paling bertauliyah hanyalah 10 meter sahaja...


Jadi,adakan dengan hanya mampu menyelam sedalam 10 meter dari kedalaman asal yang tiada batasnya itu, maka mereka yang tiada menyelam dan hanya menunggu di daratan terus menyatakan dalamnya hanya 10 meter sahaja...?
adalah sudah pasti kita akan menyangkal dan mengatakan " Saya tidak pasti akan kedalamannya yang haqiqi tetapi percayalah bahawa saya hanya menyelam sedalam 10 meter...tetapi dengan selaman 10 meter dalam ini insya' Allah dapat saya ceritakan apa yang kamu ingin tahu tentangnya berbataskan 10 meter kedalamannnya...lebih dari itu ku serahkan kepada yang mengetahuinya...ketahuilah hanya laut itu sahajalah yang tahu kedalaman dirinya yg sebenar...


Jadi,Oleh kerana keterbatasan itu, maka apa yang dapat di gali adalah 20 sifat yang wajib di ketahui ia secara tafsil...sementara yang tidak dapat di gali itu maka diserahkan kepada Allah Yang Maha Berkuasa yang Maha mengetahui...Sebab itu perkataan Tafshil itu beriringan dengan ungkapan sifat 20...yakni secara detail...detail macam mana...detail yang setakat mana Allah izin untuk kita mengnalnya...ia berbeza2 mengikut tahap seseorang...dan makhluq yang paling mengenali Allahu Jalla Wa "ala hanya Afdhalul Insan Junjungan besar Rasulullah S.A.WW...


Teringatku akan kata2 Imam Abu Yazid Bistami yang menyatakan bahawa beliau tidak akan memohon agar di kenalkan ia dengan Rabbnya dengan sekenal-kenalnya kerana hanya Allah yang sahaja yang mngenal diri-Nya dngan sekenal-kenalnya...

Ketahuilah bahawa Asmaul Husna itu jua termasuk di dalam Tafshilan ilmu Sifat 20 ni...


Harap tiada yang membawa perbandingan yang menunjukkan kecacatan aqal kalian dengan menyatakan 99 itu lebih banyak dari 20 dan sebagainya...


Kerana kaedah yang di susun oleh Ulama' 'Amilin bagi menegakkan panji Islam ini membawa makna ketiadaan batasan bagi kemulian dan ketinggian sifat Allahu Tabarakawata'ala...


Harap jangan di pandang pada bilangan tetapi melihatlah kepada faham...


Allahu A'lam Bisshowab...


Pembahagian Dalam Ilmul Kalam :






Adapun yang wajib bagi Ketuhanan itu bersifat dengan empat sifat:
  1. Sifat Nafsiyah ~ Wujud
  2. Sifat Salbiyah ~ Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu lil khawadits, Qiyamuhu binafsihi dan Wahdaniah
  3. Sifat Ma’ani ~ Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’, Bashar dan Kalam
  4. Sifat Ma’nawiyah ~ Qadirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirrun dan Muttakalimuun


Dibahagi lagi menjadi dua sifat (Pendekatan secara nafi dan isbat)


  • 1 ~ Sifat Istighna’ ~ Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil hawadits, Qiyamuhu binafsihi, Sami’, Bashir, Kalam, Sami’un, Bashirun dan Muttakallimun
  • 2 ~ Sifat Iftiqar ilaihi ~ Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kodirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun dan Wahdaniah
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

Bahagian I: Sifat Nafsiyyah:

Wujud, ertinya ada, yang ada itu dzat Allah Ta’ala, lawannya ‘Adum, ertinya tiada yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Ta’ala itu tiada kerana jikalau Allah Ta’ala itu tiada nescaya tiadalah perubahan pada alam ini. Alam ini jadilah statik (tak ada masa, rasa dll), dan tiadalah diterima ‘aqal jika semua itu (perubahan) terjadi dengan sendirinya.
Jikalau alam ini jadi dengan sendirinya nescaya jadilah bersamaan pada suatu pekerjaan atau berat salah satu maka sekarang alam ini telah nyata adanya sebagaimana yang kita lihat sekarang ini dan teratur tersusun segala pekerjaannya maka menerima lah aqal kita wajib adanya Allah Ta’ala dan mustahil lawannya tiada. Adapun dalilnya iaitu firmanNya dalam Al Qur’an:


"Allahu kholiqu kullu syai’"
ertinya, “Allah Ta’ala jualah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu.”

Adapun Wujud itu sifat Nafsiyah,ada itulah dirinya hak Ta’ala.
Adapun ta’rif sifat nafsiyah itu: "Hiya huwa wala hiya ghoiruku", ertinya, sifat inilah dzat hak Ta’ala, tiada ia lain daripadanya yakni sifat pada lafadz dzat pada makna
Adapun Hakikat sifat nafsiyah itu : "Hiya lhalul wajibatu lizzati maadaamati azzatu ghoiru mu’alalahi bi’illati", ertinya: hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu tiada dikeranakan dengan suatu kerana yakni adanya iaitu tiada kerana jadi oleh sesuatu dan tiada Ia terjadi dengan sendirinya dan tiada Ia menjadikan dirinya sendiri dan tiada Ia berjadi-jadian.
Adapun Wujud itu dikatakan sifat Nafsiyah kerana wujud menunjukkan sebenar-benar dirinya dzat dan tiada lainnya serta tiada boleh dipisahkan wujud itu lain daripada dzat seperti sifat yang lain-lain.


Adapun Wujud itu tiga bahagian:
  •  Wujud Haqiqi ~ dzat Allah Ta’ala maka wujud-Nya itu tiada permulaan dan tiada kesudahan maka wujud itu bersifat Qadim dan Baqa’, inilah wujud sebenarnya
  • Wujud Majazi ~ dzat segala makhluk maka wujudnya itu ada permulaan dan ada kesudahan tiada bersifat Qadim dan Baqa’, sebab wujudnya itu dinamakan wujud Mujazi kerana wujudnya itu bersandarkan Qudrat Iradat Allah Ta’ala
  • Wujud ‘Aridy ~ dzat ‘Arodul wujud maka wujudnya itu ada permulaan dan tiada kesudahan seperti ruh, syurga, neraka, Arasy, Kursi dan lain-lain


Adapun yang Maujud selain Allah Ta’ala dua bahagian
  • Maujud dalam ‘alam syahadah ya'ni yang dapat dilihat dengan pancaindera yang lima seperti langit, bumi, kayu, manusia, binatang dan lain-lain
  • Maujud di dalam ‘alam ghaib yang tiada didapat dengan pancaindera yang lima tetapi didapat dilihat oleh insani yang di buka hijab pancainderanya oleh Allah seperti para Mursaliin,Anbiya' dan Auiliya' Allahu Tabaraka Wata'ala...
Adapun segala yang Maujud itu lima bahagian:
  1. Maujud pada Zihin iaitu ada pada ‘aqal
  2. Maujud pada Kharij iaitu ada kenyataan bekas
  3. Maujud pada Khayal iaitu seperti bayang-bayang dalam air atau yang di dalam mimpi
  4. Maujud pada Dalil iaitu ada pada dalil seperti asap tanda ada api
  5. Maujud pada Ma’rifat iaitu dengan pengenalan yang putus tiada dapat diselingi lagi terus Ia Ma’rifat kepada Allah Ta’ala
Membicarakan Wujud-Nya dengan jalan dalil:
  1. Dalil yang didapat dari Khawas (pancaindera) yang lima tiada dapat didustakan
  2. Dalil yang didapat dari Khabar Mutawatir tiada dapat didustakan
  3. Dalil yang didapat daripada ‘Aqal tiada dapat didustakan
  4. Dalil yang didapat daripada Rasulullah tiada dapat didustakan
  5. Dalil yang didapat daripada firman Allah Ta’ala tiada dapat didustakan

Bahagian II: Sifat Salbiyyah

Pengertian Sifat Salbiah :
 Adapun hakikat sifat Salbiyyah itu: wahiya dallat ‘alallafiy maalaa khaliyqu billahi ‘aza wajalla, ertinya barang yang menunjukkan atas menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala iaitu lima sifat:
  • QIDAM ~ ertinya Sedia menafi akan Baharunya Dzat Allah
  • BAQA’ ~ ertinya Kekal menafikan akan Musnahnya Dzat Allah
  • MUKHALAFATUHU LIL HAWADITS ~ ertinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu menafikan persamaan Dzat Allah dengan segala Makhluq atawa umpama apapun.
  • QIYAMUHU BINAFSIHI ~ ertinya Berdiri Allah Ta’ala dengan sendiriNya menafikan kebergantungan Allah terhadap suatu yang lain dari-Nya.
  • WAHDANIAH ~ ertinya Esa menafikan segala pembahagian pada Dzat,sifat dan Af'al-Nya.
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~


1. QIDAM, ertinya Sedia ada :


Adapun hakikat Qidam ibarat dari menafikan ada permulaan bagi Wujud-Nya yakni tiada permulaan, lawannya Huduth ertinya baharu iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia baharu kerana jikalau Ia baharu nescaya jadilah Wujud-Nya itu wujud yang harus, tiadalah Ia wajibal wujud maka sekarang telah terdahulu wajibal wujud baginya maka menerimalah aqal kita wajib baginya bersifat Qadim dan mustahil lawannya baharu , adapun dalilnya firmannya dalam Al Qur’an: huwal awwalu, ertinya Ia juga yang awal.
Adapun Qadim nisbah pada nama empat perkara:
  • a. Qadim Haqiqi ~ iaitu dzat Allah Ta’ala
  • b. Qadim Sifati ~ iaitu sifat Allat Ta’ala
  • c. Qadim Idhofi ~ iaitu Qadim yang bersandar seperti dahulu bapa daripada anak
  • d. Qadim Zamani ~ iaitu masa yang telah lalu sekurang-kurangnnya setahun
2. BAQA’ ertinya Kekal :
Adapun hakikat Baqa’ itu ibarat menafikan ada kesudahan bagi Wujud-Nya, yakni tiada kesudahan, lawannya Fana’ ertinya binasa iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia binasa, jikalau Ia binasa jadilah Wujud-Nya itu wujud yang baharu, apabila Ia baharu tiadalah Ia bersifat Qadim maka sekarang telah terdahulu bagi-Nya wajib bersifat Qadim maka menerimalah aqal kita wajib bagi-Nya bersifat Baqa dan mustahil lawannya binasa, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an:
"wayabqa wajhu robbikadzuljalali wal ikram"
ertinya kekal dzat Tuhan kamu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.


Adapun yang Kekal itu dua bahagian:
  1. Kekal Haqiqi, iaitu dzat dan sifat Allah Ta’ala
  2. Kekal 'Aridhy, iaitu kekal yang dikekalkan atau yang baru mendatangi ya'ni menerima hukum binasa jikalau dibinasakan Allah Ta’ala, kerana ia sebahagian daripada mumkinun, tetapi tiada dibinasakan maka kekallah ia, maka kekalnya itu dinamakan kekal ‘Ardy, seperti ruh, arasy, kursi, kalam, lauh mahfudh, syurga, neraka, bidadari dan telaga nabi.


3. MUKHALAFATUHU LIL HAWADITSI ertinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu :


Adapun Hakikat Mukhalafatuhu lil hawadits itu diibaratkan menafikan dzat dan sifat dan af’al Allah Ta’ala dengan segala sesuatu yang baharu, yakni tiada bersamaan dengan segala yang baharu, lawannya Mumassalatuhu lil hawadits, ertinya bersamaan dengan segala sesuatu yang baharu. Tiada diterima oleh aqal dikatakan Allah Ta’ala itu bersamaan dzat-Nya dan sifat-Nya dan af’al-Nya dengan segala yang baharu, kerana jikalau bersamaan dengan segala yang baharu maka tiadalah Ia bersifat Qadim dan Baqa’, sebab segala yang baharu menerima hukum binasa, maka sekarang telah terdahulu wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Qadim dan Baqa’, maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat mukhalafatuhu lil hawadits, dan mustahil lawannya Mumasalatu lil hawadits...dalilnya adalah seperti yang di rakam kekal di dalam firman-Nya dalam Al Qur’an:


"laisa kamitslihi syai’un wa huwa ssami’ul bashir"
ertinya tiada seumpama Allah Ta’ala dengan segala sesuatu dan Ia mendengar dan melihat.


Adapun bersalahan dzat Allah Ta’ala dengan dzat yang baharu kerana dzat Allah Ta’ala bukan jirim atau jisim dan bukan jauhar atau ‘aradh dan tiada dijadikan, tiada bertempat, tiada berjihat, tiada bermasa atau dikandung masa dan tiada beranak atau diperanakkan.
Bersalahan sifat Allah Ta’ala dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Ta’ala Qadim dan ‘Aum takluknya, seperti Sami’ Allah Ta’ala takluk pada segala yang maujud.
Adapun sifat yang baharu itu tiada ia Qadim dan tiada ‘Aum takluknya, tetapi takluk pada setengah perkara jua seperti yang baharu mendengar ia pada yang berhuruf dan bersuara dan yang tiada berhuruf dan bersuara tiada ia mendengar atau yang jauh atau yang tersembunyi seperti gerak-gerak yang dalam hati dan begitu jua sifat-sifat yang lain tiada serupa dengan sifat Allah Ta’ala.
Adapun bersalahan perbuatan Allah Ta’ala dengan perbuatan yang baharu kerana perbuatan Allah Ta’ala itu memberi bekas dan tiada dengan alat perkakas dan tiada dengan minta tolong dan tiada mengambil faedah dan tiada yang sia-sia.
Adapun perbuatan yang baharu tiada memberi bekas dan dengan alat perkakas atau dengan minta tolong dan mengambil faedah.


4. QIYAMUHU BINAFSIHI, ertinya Berdiri Allah Ta’ala dengan sendirinya :


Adapun hakikat Qiyamuhu binafsihi itu ibarat daripada menafikan berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia, yakni tiada berkehendak kepada tempat berdiri dan tiada berkehendak kepada yang menjadikannya.
Mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan tiada berdiri dengan sendiriNya, kerana Ia zat bukan sifat, jikalau Ia sifat, maka berkehendak kepada tempat berdiri kerana sifat itu tiada boleh berdiri dengan sendirinya.
Dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Ia kerana Ia Qadim, jikalau berkehendak Ia kepada yang menjadikan Dia, maka jadilah Ia baharu, apabila ia baharu tiadalah ia bersifat Qadim dan Baqa’ dan Mukhalafatuhu lil hawadits.
Maka sekarang menerimalah aqal kita, wajib diterima oleh aqal, bagi Allah Ta’ala itu bersifat Qiyamuhubinafsihi dan mustahil lawannya An-laayakuunu ko’imambinafsihi...
seperti firman kalam-Nya:


"Innallaha laghniyyun ‘anil ‘alamiin "
ertinya Allah Ta’ala itu terkaya daripada sekalian alam.


5. WAHDANIAH, ertinya Esa

Adapun hakikat Wahdaniah itu ibarat menafikan kam muttasil (berbilang-bilang atau bersusun-susun atau berhubung-hubung) dan kam mumfasil (bercerai-cerai banyak yang serupa) pada zat, pada sifat, dan pada af’al.
Lawannya An-yakunu wahidan, ertinya tiada ia esa. Mustahil tiada diterima oleh akal sekali-kali dikatakan tiada Ia Esa, kerana jikalau tiada Ia Esa tiadalah ada alam ini kerana banyak yang memberi bekas.
Seperti dikatakan ada dua atau tiga tuhan, kata tuhan yang satu keluarkan matahari dari barat, dan kata tuhan yang satu lagi keluarkan dari timur, dan kata tuhan yang satu lagi keluarkan dari utara atau selatan, kerana tiga yang memberi bekas. Tentu kalau tuhan yang satu itu mengeluarkan matahari itu dengan sekehendakknya umpamanya disebelah barat, tentu pula tuhan yang lain meniadakkannya dan mengadakan lagi menurut kehendaknya umpamanya di sebelah timur atau utara atau selatan, kerana tiga-tiga tuhan itu berkuasa mengadakan dan meniadakan maka kesudahannya matahari itu tiada keluar.
Maka sekarang kita lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana keadaan atau perjalanan di dalam alam ini semuanya teratur dengan baiknya maka menerimalah aqal kita wajib diterima aqal Wahdaniah bagi Allah Ta’ala dan mustahil lawannya berbilang-bilang atau bercerai-cerai.
Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an:


"Qul huwallahu ahad"
ertinya katakanlah oleh mu (Muhammad) Allah Ta’ala itu Esa, yakni Esa zat dan Esa sifat dan Esa Af’al.


Adapun Wahdaniah pada zat menafikan dua perkara:
  1. a. Menafikan Kam muttasil, iaitu menafikan berbilang-bilang atau bersusun-susun seperti dikatakan zat Allah Ta’ala itu berdarah, berdaging dan bertulang urat, atau dikatakan zat Allah Ta’ala itu kejadian daripada anasir yang empat.
  2. b. Menafikan Kam mumfasil, iaitu menafikan bercerai-cerai banyak yang sebangsa atau serupa, umpama dikatakan ada zat yang lain seperti zat Allah Ta’ala yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.
Maka Kam muttasil dan Kam mumfasil itulah yang hendak kita nafikan pada zat Allah Ta’ala, apabila sudah kita nafikan yang dua perkara ini maka barulah dikatakan Ahadiyyatuzzat, yakni Esa dzat Allah Ta’ala.


Adapun Wahdaniah pada sifat menafikan dua perkara:
  1. Menafikan Kam muttasil ~ iaitu menafikan berbilang-bilang atau bersusun-susun sifat, seperti dikatakan ada pada Allah Ta’ala dua Qudrat atau dua Ilmu atau dua Sami’ yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.
  2. Menafikan Kam mumfasil ~ iaitu menafikan bercerai-cerai banyak yang sebangsa atau serupa seperti dikatakan ada Qudrat yang lain atau Ilmu yang lain seperti Qudrat dan Ilmu Allah Ta’ala.
 Maka Kam muttasil dan Kam mumfasil inilah yang hendak kita nafikan pada sifat Allah Ta’ala, apabila sudah kita nafikan yang dua itu maka baharulah dikatakan Ahadiyyatussifat, yakni Esa sifat Allah Ta’ala.

Bahagian III: Sifat Ma’ani

Adapun hakikat sifat Ma’ani itu: wahiya kullu sifatu maujudatun qo’imatun bimaujuudatun aujabat lahu hukman, ertinya tiap-tiap sifat yang berdiri pada yang maujud (wajibul wujud / zat Allah Ta’ala) maka mewajibkan suatu hukum (iaitu Ma’nawiyah)
Sifat Ma’ani ini maujud pada zihin dan maujud pula pada kharij, ada tujuh perkara:
  1. QUDRAT ~ ertinya Kuasa, Takluk pada segala mumkinun
  2. IRADAT ~ ertinya Menentukan, takluk pada segala mumkinun
  3. ILMU ~ ertinya Mengetahui, takluk pada segala yang wajib, mustahil dan ja’iz bagi aqal.
  4. HAYAT ~ ertinya Hidup, tiada takluk, tetapi syarat bagi aqal kita menerima adanya sifat-sifat yang lain.
  5. SAMA’ ~ ertinya Mendengar, takluk pada segala yang maujud.
  6. BAShAR ~ ertinya Melihat, takluk pada segala yang maujud.
  7. KALAM ~ ertinya Berkata-kata
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~


1. Qudrat ertinya Kuasa :


Adapun hakikat Qudrat itu iaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia mengadakan dan meniadakan bagi segala mumkin muafakat dengan Iradat-Nya. Adapun erti mumkin itu barang yang harus adanya atau tiadanya
Adapun mumkin itu empat bahagian:
  1. Mumkin Maujuud ba’dal ‘adam ~ iaitu mumkin yang pada masa sekarang, dahulu tiada, seperti: langit, bumi dan kita semuanya.
  2. Mumkin Ma’dum ba’dal wujud ~ iaitu mumkin yang tiada pada masa sekarang ini dahulunya ada, seperti: nabi Adam as, dan datok-datok nenek kita yang sudah tiada.
  3. Mumkin sayuzad ~ iaitu mumkin yang akan datang seperti hari kiamat, syurga dan neraka.
  4. Mumkin Ilmu Allah annahu lamyujad ~ iaitu mumkin yang di dalam Ilmu Allah Ta’ala, tetapi tiada dijadikan seperti hujan emas, Air laut rasanya manis, dan banyak yang lain lagi.
Lawannya ‘Ujdzun ertinya lemah, iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Ta’ala itu lemah, kerana jikalau Ia lemah nescaya tiadalah ada alam ini kerana yang lemah itu tiada dapat memperbuat suatu perbuatan.
Maka sekarang alam ini telah nyata adanya bagaimana yang kita lihat sekarang ini, maka menerimalah aqal kita wajib diterima aqal, bagi-Nya bersifat Qudrat dan mustahil lawannya ‘Ujdzun.Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wallahu ‘ala kulli sai’in-qodir, ertinya Allah Ta’ala itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Tetaplah dalam Hakikat Qudrat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.


Maka ketahuilahbahawa :
  • Qudrat Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan lemah.
  • Qudrat Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan lemah.
  • Qudrat Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal.
  • Qudrat Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu, dan tiada mengambil faedah.
  • Qudrat Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam mumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).


2. Iradat ertinya Menentukan/berkehendak :


Adapun hakikat Iradat itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala maka dengan Dia menentukan sekalian mumkin adanya atau tiadanya, muafakat dengan Ilmu-Nya.


Adapun Iradat Allah Ta’ala menentukan enam perkara:
  1. Menentukan mumkin itu Ada atau tiadanya
  2. Menentukan Tempat mumkin itu
  3. Menentukan Jihat mumkin itu
  4. Menentukan Sifat mumkin itu
  5. Menentukan Qadar mumkin itu
  6. Menentukan Masa mumkin itu
Lawannya Karahat ertinya tiada menentukan atau tiada berkehendak, iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Ta’ala itu tiada menentukan atau tiada berkehendak, kerana jikalau tiada Ia menentukan atau tiada Ia berkehendak mengadakan alam ini atau meniadakan alam ini nescaya tiadalah baharu (Berubah) alam ini maka sekarang alam ini telah nyata adanya perubahan, ada siang ada malam, ada yang datang ada yang pergi, seperti yang telah kita lihat dengan mata kepala kita sendiri, maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Iradat dan mustahil lawannya Karahat.
Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an:


"fa’allu limaa yuriid"
ertinya berbuat Allah Ta’ala dengan barang yang ditentukan-Nya.


Adapun Iradat dengan amar dan nahi itu tiada berlazim kerana:
Ada kalanya disuruh tetapi tiada dikehendaki seperti Abu jahal, Abu lahab dan segala pengikutnya. Ada kalanya disuruh dan dikehendaki seperti Abu Baqa’r dan segala sahabat yang lain. Ada kalanya tiada disuruh dan tiada dikehendaki seperti kafir yang banyak. Adakalanya tiada disuruh tetapi dikehendaki seperti mengerjakan yang haram dan makruh seperti Nabi Adam as dan Hawa.


Tetaplah dalam Hakikat Iradat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.


Maka Ketahuilah bahawa :
  • Iradat Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan Karahat.
  • Iradat Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan Karahat.
  • Iradat Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal.
  • Iradat Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu, dan tiada mengambil faedah.
  • Iradat Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam mumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).


3. Ilmu ertinya Mengetahui :


Adapun hakikat Ilmu itu iaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala maka dengan Dia Mengetahui pada yang wajib, pada yang mustahil, dan pada yang harus.


Adapun yang wajib itu zat dan sifatNya, maka mengetahui Ia zatNya dan sifatNya yang Kamalat.


Adapun yang mustahil itu iaitu yang menyekutui ketuhanannya atau yang kekurangan baginya maka mengetahui Ia tiada yang menyekutui bagi ketuhanan-Nya dan yang kekurangan pada-Nya.


Adapun yang harus itu sekalian alam ini maka mengetahui Ia segala perkara yang ada pada masa sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang akan diadakan lagi dan tiada terdinding yang dalam Ilmu-Nya sebesar jarah jua pun, semuanya diketahui-Nya dengan Ilmu-Nya yang Qadim


Lawannya "Jahil", ertinya bodoh, iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia Jahil atau bodoh kerana jikalau ia Jahil atau bodoh nescaya tiadalah teratur atau tersusun segala pekerjaan di dalam alam ini maka sekarang alam ini telah teratur dan tersusun dengan baiknya, maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Ilmu dan mustahil lawannya Jahil atau bodoh.
Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an:


"wallahu bikulli syai’in ‘alimun"
ertinya Allah Ta’ala mengetahui tiap-tiap sesuatu.


Tetaplah dalam Hakikat Ilmu itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.


Maka Ketahuilah bahawa :
  • Ilmu Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan jahil.
  • Ilmu Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan jahil.
  • Ilmu Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.
  • Ilmu Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.
  • Ilmu Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam mumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).


4. Hayat ertinya Hidup :


Adapun hakikat Hayat itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia zohirlah sifat yang lain-lain.


Lawannya "maut" ertinya mati, iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia mati kerana jikalau Ia mati nescaya tiadalah ada sifat yang lain seperti Qudrat, Iradat dan Ilmu maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat hayat dan mustahil lawannya maut.
Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an:


"huwal hayyuladzii laa yamuut"
ertinya Dia yang Hidup yang tiada mati.


Tetaplah dalam Hakikat Hayat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.
 Maka ketahuilah bahawa :
  • Hayat Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan maut.
  • Hayat Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan maut.
  • Hayat Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal.
  • Hayat Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.
  • Hayat Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam mumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain)


5. Sami’ ertinya Mendengar :


Adapun hakikat Sami’ itu iaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia mendengar segala yang maujud sama ada yang maujud itu Qadim atau Muhadas.
Adapun maujud yang Qadim iaitu dzat dan Sifat-Nya, maka mendengar Ia akan Kalam-Nya yang tiada berhuruf dan bersuara, dan yang muhadas iaitu sekalian alam ini maka mendengar Ia akan segala perkara yang ada pada masa sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang akan diadakan lagi, maka tiada terdinding pendengarannya oleh sebab jauh atau tersembunyi.


Lawannya Sumum, ertinya pekak atau tuli iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia pekak atau tuli kerana jikalau Ia pekak atau tuli nescaya tiadalah dapat Ia memperkenankan seruan makhluk-Nya padahal Menyuruh Ia kepada sekalian makhluk-Nya dengan meminta seperti firman-Nya dalam Al Qur’an: ud’uunii astajib lakum, ertinya mintalah olehmu kepadaKu nescaya Aku perkenankan.


Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Sami’ dan mustahil lawannya Sumum, pekak atau tuli, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wallahu sami’un ‘alimun, ertinya Allah Ta’ala itu yang mendengar dan yang mengetahui .


Tetaplah dalam Hakikat Sami’ itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.


Maka ketahuilah bahawa :
  • Sami’ Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan pekak.
  • Sami’ Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan pekak.
  • Sami’ Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.
  • Sami’ Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.
  • Sami’ Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam mumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).


6. Bashir ertinya Melihat :


Adapun hakikat Bashir itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia melihat segala yang maujud sama ada yang maujud itu Qadim atau muhadas.


Adapun maujud yang Qadim itu dzat dan sifat-Nya, maka melihat Ia akan dzat-Nya yang tiada berupa dan berwarna dan sifat-Nya yang kamalat.


Adapun maujud yang muhadas itu sekalian alam ini maka melihat Ia akan segala perkara yang ada pada masa sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang lagi akan diadakan. Tiada terdinding yang pada penglihatan-Nya oleh sebab jauh atau sangat halusnya atau sangat kelamnya.


Lawannya ‘Umyun, ertinya buta, iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia buta kerana jikalau Ia buta maka jadilah Ia kekurangan. Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Taa’la itu bersifat Bashir dan mustahil lawannya ‘Umyun atau buta
Adapun dalilnya firman-Nya dalam AlQur’an:


"wallahu bashirun bimaa ta’maluun" 
ertinya Allah Ta’ala itu melihat apa yang kamu kerjakan.


Tetaplah dalam Hakikat Bashir itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.


Maka ketahuilah bahawa :
  • Bashir Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan buta.
  • Bashir Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan buta.
  • Bashir Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.
  • Bashir Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.
  • Bashir Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam mumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).


7. Kalam ertinya Berkata-kata :


Adapun hakikat "Kalam" itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia berkata-kata pada yang wajib seperti firman-Nya: fa’lam annahu laailahaillalah, ertinya ketahui oleh mu bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah, dan berkata-kata pada yang mustahil dengan firman-Nya: laukana fiyhima aa lihatun illallah lafasadatu, ertinya jikalau ada tuhan yang lain selain daripada Allah maka binasalah segala-galanya. dan berkata pada yang harus dengan firman-Nya:


"wallahu kholaqokum wamaa ta’maluun " 
ertinya Allah Ta’ala jua Yang menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.


Lawannya "Bukmum", ertinya kelu atau bisu iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia bisu atau kelu kerana jikalau Ia bisu atau Kelu tiadalah dapat Ia menyuruh atau mencegah dan menceritakan segala perkara seperti hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain. Maka sekarang suruh dan cegah itu ada pada kita seperti suruh kita sembahyang dan cegah kita berbuat ma’siat.


Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala itu bersifat Kalam dan mustahil lawannya bukmum, kelu atau bisu. Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an:


"wa kallamallaahu muusa taklimaan" 
ertinya berkata-kata Allah Ta’ala dengan nabi Musa as dengan sempurna kata.


Kalam Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang.Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandang dari perkara yang dikatakan iaitu :

  1. Menunjuk kepada "'Amar" ( perintah ) seperti tuntutan mendiri-solat dan lain-lain kefardhuan.
  2. Menunjuk kepada "Nahyu" ( tegahan ) seperti tegahan berjudi dan lain-lain larangan.
  3. Menunjuk kepada "Khabar" ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun dan lain-lain.
  4. Menunjuk kepada "Wa'ad" ( janji baik ) seperti orang yan taat dan beramal soleh akan dapat balasan syurga dan lain-lain.
  5. Menunjuk kepada "Wa'ud" ( janji balasan seksa ) seperti orang yang menderhaka kepada ibubapa akan dibalas dengan azabseksa yang amat berat.


Tetaplah dalam Hakikat Kalam itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.


Maka ketahuilah bahawa :
  • Kalam Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan kelu.
  • Kalam Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan kelu.
  • Kalam Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, tiada terdinding dan tiada berhuruf atau bersuara.
  • Kalam Allah Ta’ala itu Qo’imumbizaatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.
  • Kalam Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam munfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

Bahagian IV: Sifat Ma’nawiyyah

Adapun hakikat sifat ma’nawiyah itu: "hiyal halul wajibatu lidzati madaamati lidzati mu’allalati bi’illati", ertinya hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu dikeranakan suatu kerana iaitu Ma’ani, umpama berdiri sifat Qudrat pada dzat maka baru dinamakan dzat itu Qadirun, ertinya Yang Kuasa, Qudrat sifat Ma’ani, Qadirun sifat Ma’nawiah maka berlazim-lazim antara sifat Ma’ani dengan sifat Ma’nawiah, tiada boleh bercerai iaitu tujuh sifat pula:
  1. KAUNUHU QADIRAN ~ ertinya Keadaan Dzat Allah Yang Maha Kuas
  2. KAUNUHU MURIIDAN ~ ertinya Keadaan Dzat Allah Yang Maha Berkehendak/Menentukan.
  3. KAUNUHU ‘ALIMAN ~ ertinya Keadaan Dzat Allah Yang Mengetahui
  4. KAUNUHU HAYYUN ~ ertinya Keadaan Dzat Allah Yang Maha Hidup
  5. KAUNUHU SAMI’UN ~ ertinya Keadaan Dzat Allah Yang Maha Mendengar
  6. KAUNUHU BASIRUN ~ ertinya Keadaan Dzat Allah Yang Maha Melihat
  7. KAUNUHU MUTTAKALLIMUN ~ ertinya Keadaan Dzat Allah Yang Maha Berkata-kata
Bahagian V: Sifat Istighna

Ertinya sifat Kaya :
Hakikat sifat Istighna: "mustaghniyun ’angkullu maa siwahu", ertinya Kaya Allah Ta’ala itu daripada tiap-tiap yang lain.


Apabila dikatakan Kaya Allah Ta’ala daripada tiap-tiap yang lain, maka wajib bagi-Nya bersifat dengan sebelas (11) sifat, jikalau kurang salah satu daripada sebelas (11) sifat itu maka tiadalah dapat dikatakan Kaya Allah Ta’ala daripada tiap-tiap yang lainnya.


Adapun sifat wajib yang 11 itu ialah:
  1. Wujud
  2. Qidam
  3. Baqa’
  4. Mukhalafatuhu lil hawaditsi
  5. Qiyamuhu binafsihi
  6. Sami’
  7. Bashir
  8. Kalam
  9. Sami’un
  10. Bashirun
  11. Muttakalim


Selain sebelas (11) sifat yang wajib itu ada tiga (3) sifat yang harus (Jaiz) yang termasuk pada sifat Istighna iaitu:
  1. Mahasuci dari pada mengambil faedah pada perbuatan-Nya atau pada hukum-Nya, lawannya mengambil faedah, iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali kerana jikalau mengambil faedah tiadalah Kaya Ia daripada tiap-tiap yang lainnya kerana lazim diwaktu itu berkehendak Ia pada menghasilkan hajat-Nya
  2. Tiada wajib Ia menjadikan alam ini. Lawannya wajib iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali kerana jikalau wajib Ia menjadikan alam ini tiadalah Ia Kaya daripada tiap-tiap yang lainnya, kerana lazim diwaktu itu berkehendak Ia kepada yang menyempurnakan-Nya
  3. Tiada memberi bekas suatu daripada kainat-Nya dengan kuatnya. Lawannya memberi bekas iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali kerana jikalau memberi sesuatu daripada kainat-Nya dengan kuatnya tiadalah Kaya Ia pada tiap-tiap yang lainnya kerana lazim diwaktu itu berkehendak Ia mengadakan sesuatu dengan wasitah
Bahagian VI: Sifat Iftiqor ilahi

Ertinya sifat berkehendak:
hakikat sifat Ifthiqor: "wamuftaqirun ilaihi kullu maa ’adaahu", artinya berkehendak tiap-tiap yang lainnya kepada-Nya.


Apabila dikatakan berkehendak tiap-tiap yang lain kepada-Nya maka wajib bagi-Nya bersifat dengan sembilan (9) sifat, jikalau kurang salah satu daripada sembilan (9) sifat ini maka tiadalah dapat berkehendak tiap-tiap yang lainya kepada-Nya,


Adapun sifat wajib yang sembilan (9) itu adalah:
  1. Qudrat 
  2. Iradat 
  3. Ilmu 
  4. Hayat 
  5. Qodirun 
  6. Muridun 
  7. ‘Alimun 
  8. Hayyun 
  9. Wahdaniah


Selain dari sembilan (9) sifat yang wajib itu ada dua (2) sifat yang harus termasuk pada sifat Ifthiqor:
  1. Baharu sekalian alam ini. Lawannya Qodim iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali kerana jikalau alam ini Qodim tiadalah berkehendak tiap-tiap yang lainnya kepada-Nya kerana lazim ketika itu bersamaan darjat-Nya
  2. Tiada memberi bekas sesuatu daripada kainatnya dengan tobi’at atau dzatnya. Lawannya memberi bekas iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali kerana jikalau memberi bekas sesuatu daripada kainat dengan tobi’at niscaya tiadalah berkehendak tiap-tiap yang lain kepada-Nya kerana lazim ketika itu terkaya sesuatu daripadaNya.
Maka sekarang telah nyata pada kita bahawa dua puluh lapan (28) sifat Istighna dan dua puluh dua (22) sifat Ifthiqar maka jumlahnya jadi limapuluh (50) ‘aqaid yang terkandung di dalam kalimah laa ilaha ilallaah.
maka jadilah makna hakikat laa ilaha ilallaah itu dua:
  • Mustaghniyun an kullu maasiwahu ~ ertinya tiada yang kaya dari tiap-tiap yang lainnya 
  • Wa muftaqirun ilaihi kullu ma’adahu ~ ertinya dan berkehendak tiap-tiap yang lain kepadaNya.


Ini makna yang pertama maka daripada makna yang dua itu maka jadi empat (4):
  1. Wajibal wujud ~ iaitu yang wajib adanya.
  2. Ishiqoqul ibadah ~ iaitu yang mustahak bagi-Nya ibadah(Ubudiyyah dari hamba-Nya) yang membawa eti adalah kewajipan tehadap seluruh makhluq untuk memperhambakan diri kepada-Nya semata-mata.
  3. Kholikul ‘alam ~ iaitu yang menjadikan sekalian alam
  4. Maghbudun bihaqqi ~ iaitu yang disembah dengan sebenar-benarnya.
Ini makna yang kedua maka daripada makna yang empat (4) itu jadi satu (1) iaitu:
"Laa ilaha ilallaah, Laa ma’budun ilallah", ertinya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah.


Ini makna yang ketiga penghabisan maka jadilah kalimah laa ilaha ilallaah itu menghimpun nafi dan isbat


Adapun yang dinafikan itu sifat Istighna’ dan sifat Iftikor berdiri pada yang lain dengan mengatakan: laa ilaha dan diisbatkan sifat Istighna’ dan sifat Ifthikhor itu berdiri pada dzat Allah Ta’ala dengan mengatakan kalimah Illallah.


Laa = nafi
Ilaha = menafi
illa = isbat
Allah = meng-isbat


Yang kedua kalimah laa ilaha ilallaah itu nafi mengandungi isbat dan isbat mengandung nafi seperti sabda nabi : laa yufarriqu bainannafi wal-isbati wamam farroqu bainahumaa fahuwa kaafirun, ertinya Tiada bercerai antara nafi dan isbat dan barang siapa menceraikan kafir. Seperti asap dengan api. Asap itu bukan api dan asap itu tidak lain daripada api. Asap tetap asap dan api tetap api: tetapi asap itu menunjukkan ada api inilah ertinya nafi mengandungi isbat dan isbat mengandung nafi. Tiada bercerai dan tiada bersekutu.