Pages

Seorang yang memahami erti CINTA yang sebenar dianggap sebagai majnun...

Assalamu'alaikum W.B.T...


Alhamdulillah 'ala kulli haalin wa fi kulli haalin wani'mah...
"Cinta si Hamba kepada Rabbnya..."
Ya,itulah satu waqi' yang benar-benar wujud...
Cinta...Majnun...
Ya,itulah pasangannya...
Mungkin benar jika diambil pada zahir kata kedua-dua perkataan ini,lalu dikaitkan dengan cinta muda mudi...
Seperti apa yang dikisahkan didalam riwayat "Laiyla dan Majnun..." atau "Romeo dan Juliet..."
Itulah kegilaan diri si lelaki terhadap kecantikan si wanita...
jadi,sesuai jika kita kaitkan kedua perkataan tersebut di sini...
iaitu Cinta dan Majnun...
ini kerana,kegilaan atau majnun ini adalah berkait rapat dengan nafsu yang wujud didalam diri setiap huduth...Cinta antara hadith dengan hadith akan melahirkan rasa kegilaan atau obses jika nafsu yang yang menjadi terasnya...
Maka,Ada kebenarannya jika kita kaitkan Cinta antara manusia dengan dua perkataan tersebut...


Namun,tidak pada Cinta si muhib(makhluq),terhadap Si Mahbub(Al-Khaliq) wahai sahabatku...
Langsung tidak ada istilah Cinta dan Majnun...
hakikat kedua-duanya langsung berlawanan...
kedua-dua perkataan ini langsung tidak berlaziman...
kerana,untuk mencapai tahap cinta yang tinggi disisi ALLAH,Cinta seseorang itu mesti berteraskan keikhlasan yang hanya lahir dari insani yang sahih imannya,tinggi ketaqwaannya dan benar-benar ihsan terhadap ALLAH.S.W.T...
dan kesemua sifat terpuji ini adalah saling berlawanan dengan Nafsu...


Tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya seseorang yang kononnya mencintai Tuhannya tetapi hakikatnya adalah cinta yang didorong oleh Nafsu semata-mata...
Hal yang sebegini tidak akan sesekali berlaku pada insani yang benar-benar ikhlas dalam mencari cinta ALLAH...
Itulah kebenarannya...Tidak sesekali berlaziman kedua perkataan cinta dan majnun ini...
cuma,Ia adalah istilah yang digunapakai oleh sebilangan insani yang tidak memahami apa itu Cinta Ilahi...
dikatakan bahawa semua yang aneh itu majnun...
Sedangkan ia tiada mengetahui hakikat yang sebenarnya...
dikatakan seorang yang tidak keruan menagih cinta Ilahi adalah seorang yang gila...
compang camping pakaiannya...
kusut rambutnya...
kurus kering tubuhnya dek kerana kerinduan untuk bertemu dengan Rabbnya...
Mereka ini yang sebegitu mulia kehidupannya di katakan sebagai majnun...
Subhanallah Tabaarakallah...
Yakinlah...
Mereka yang berani berkata sedemikian itulah orang yang tidak mengenal erti CINTA HAQIQI...
Mereka yang tidak mengenal erti CINTA HAQIQI pasti akan mengenakan istilah majnun ini kepada mereka yang bergelar Ahlillah atau lebih sinonim dengan gelaran AHLUSSUFIY...


jadi,sarananku adalah tanyakan pada hatimu...tanyakan perihal ini dengan kerendahan hatimu...
Renungkan kembali dengan meletakkan dirimu betul-betul di atas titik Fitrahmu...
Percayalah...
Kamu pasti akan menyatakan bahawa ia bukan suatu yang majnun mengikut hitungan aqal yang waras...


Luahkan padaku...apa yang lahir di benak aqalmu...???


Ya,Benar apa yang kamu katakan...
Mereka yang mengatakan seorang yang sedang bercinta dengan Rabbnya sebagai Majnun itulah yang sebenar-benar majnun...
Adalah mustahil pada aqal manusia jika seseorang yang dikatakan tidak mengenal Allah itu jatuh cinta pada Dzat yang Menciptanya...
Adalah dikira tidak waras seseorang itu jika dia tidak mengenal siapa Tuhannya...Itulah yang termaktub didalam kamus Fitrah insani...
Jadi...
Siapakah yang sebenarnya layak dikatakan sebagai majnun wahai sahabatku...???
Sudah tentu orang yang majnun atau tidak waras itu adalah orang yang tidak mengenal Allah dan tidak mengenal apa itu erti cinta yang sebenar kepada Allah...
Jadi...
terbukti benar bahawa Cinta dan Majnun itu satu kolaborasi ideal bagi seseorang yang tidak mengenal Allah dan tidak berusaha untuk mencari Allah...
dan bukan suatu kolaborasi kata yang sesuai dikenakan kepada mereka yang berjalan menuju ALLAH S.W.T...


Di sini saya ingin kongsikan satu halwa rohani yang berkisar tentang Hamba Allah S.W.T yang sebenar-benar hamba...Rindu dan cinta dia hanya kepada Rabbnya...Istiqaamah mereka dalam menyucikan tuhannya dari segala barang yang tidak layak kepada Tuhannya...Dawwam dalam memohon Taubat dari-Nya...
Oh...
mereka itulah para kekasih Allahu Tabaaraka wa ta'ala...
Inna Auliya Allaha laa Khaufun wa laahum yah zanunn...
Suatu kisah cinta...
Dari Muhammad ibn Al-Fadhal yang meriwayatkan kisah ini...


Pada suatu ketika, ketika berjalan bersama-sama dengan sahabat-sahabatku,aku terlihat seorang pemuda yang sedang terlentang di atas tanah, sementara debu-debu tanah jalan tersebut mengotori seluruh pakaiannya. Pemuda itu merintih sedih, kelihatan hiba yang menggambarkan satu kesedihan yang mengerumuni hati nuraninya. seperti ada sesuatu yang berat sedang dia tanggungi seorang diri.


Dengan rasa ingin tahu yang mendalam,aku datang kepadanya bagi melunaskan tuntutan hati nuraniku sambil memberitahu kepada sahabat-sahabatku," Wahai sahabat-sahabatku...mari kita pergi mendekati pemuda itu, barangkali dia sedang sakit dan memerlukan bantuan dari kita...!"


Salah seorang dari sahabtku berkata, " melalui pemerhatian dan pengamatanku melalui rintih katanya wahai muhammad al-fadhal, sakit yang melanda pemuda ini bukan sebarangan penyakit, tetapi dia seolah-olah seperti dilanda sakit ASMARA sahaja..."


"Ya,benar katamu wahai sahabatku," sokong sahabat yang lain. "Cuba kamu tengok...Dia sedang menyebut hal-hal yang sedang ia cintai...jika ia dilihat oleh orang yang jaahil,sudah tentu dia akan dikatakan sebagai si majnun..."

Kami mendekati pemuda itu dan ternyata dia seorang pemuda yang sedang dilamun cinta dan kerinduan...
Kurus kering badannya...berbaju kasar dan banyak pula tampalan-tampalan yang memenuhi ruang bajunya. Dia melihat kami yang sedang menuju kepadanya dan berkata, " Oh,alangkah celakanya bagi sesiapa yang telahpun merasakan nikmatnya kasih sayang Tuhan, namun tidak suka berbakti kepada-Nya...!" dan diulang kalimah itu secara berterusan sehingga ia pengsan oleh kerana Zauq yang dia rasakan begitu kuat sehingga jantung si sufi terhenti segala fungsinya...


Aku mencuit sahabat-sahabat yang lain yang sedang memandang kepada pemuda itu seraya berbisik, " Aku yakin pemuda ini bukanlah seorang majnun seperti yang dikatakan...kerana seorang yang majnun tidak akan sesekali mencapai darjat seperti ini..."


Apabila pemuda itu sedar dari pengsannya, dia terus memandang kepada kami dan bertanya, " Siapakah saudara-saudara sekalian...? " Mengapa Saudara-saudara sekalian ada disini...?"


Maka aku menjawab, " Sedang kami melewati jalan ini, kami terlihat saudara sedang terbaring kesakitan, lalu jatuh pengsan di sini...jadi kami datang untuk bertanya samada saudara memerlukan bantuan dari kami atau tidak..."


"Oh..begitu rupanya..." kata pemuda itu...


"Penyakit apakan yang sedang saudara tanggungi...? adakah saudara memerlukan ubat...?" Aku bertanya kembali kepada pemuda itu dengan harapan aku mendapat sesuatu yang bermanfaat darinya.


Lalu dia memberi jawapan...," Allah yang memberi penyakit ini kepadaku.Hanyasanya Dialah yang memiliki ubatnya,namun Dia menganjurkan agar aku menuruti segala nasihat-Nya..."
" Dia memerintahku supaya aku menuruti segala perintah-perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-larangan-Nya, Selalu mendekatkan diriku kepada-Nya, bertahajjud di malam hari dikala manusia lain berada di dalam kegelapan dan kesedapan malam mereka." Pemuda itu memberi penjelasan yang panjang lebar kepadaku...


Kemudian pemuda itu menangis, lalu menyebabkan kami semua turut sama bersedih dan menangis bersamanya...


"Anakku...!" Aku berkata..."Di saat ini,kami adalah tetamumu yang diperjalankan oleh Allah kepada pertemuan denganmu...oleh itu,kami ingin memohon doa darimu..."


" Tidak, aku tidak tergolong dikalangan orang-orang yang patut diminta doa darinya. Aku tidak mempunyai apa-apa kelebihan...," Jawab pemuda itu...


Aku terus dan terus memaksanya dan bersumpah bahawa tidak akan sesekali mengenjakkan kaki walau selangkah sehinggalah aku mendapat doa darinya.


"Baiklah..." Katanya...
lalu berdoa ia kepada Allah, " Semoga Allah S.W.T melimpahkan maghfirah-Nya kepada kamu semua, memberi syurga kepada kamu semua sebagai tempat tinggal yang Abadi...dan selalulah mengingati maut setiap saat walaupun di dalam hati..."


Setelah itu,kami pun berpisah dengannya. Kami merasa sungguh Ta'jub di atas segala yang berlaku...kami merasa ta'jub dengan pemuda itu dan nasihat-nasihatnya...wal hasil,segala nasihat yang diberikan tersemat kuat terunjam kukuh di dalam hati kami..


Sahabtku yang kumuliakan...
Inilah suatu kisah yang menunjukkan suatu keadaan yang sungguh mena'jubkan bilamana seseorang itu mencintai Allah S.W.T dengan sebenar-benar cinta...
menyebabkan segala alamdi sekelilingnya runtuh sekelip mata...
bersendirian ia dengan Tuhannya...
Allahu Rabbi...
Zauq yang dirasa boleh sahaja memberhentikan mana-mana sahaja jantung si saakir terhadap sakarnya cinta dari Allah...


Allahu Allah...


"Anta maqsudana,ma redhaka mathluubana..."


Wassalamu'alaikum W.B.T...

Hakikat Cinta Si Syabab...

Assalamu'alaikum W.B.T...

Sahabat yang kumuliakan...(^_^)

CINTA...
Hebatnya penangan cinta boleh menyebabkan manusia lupa...
lupa segala-galanya...
satu perasaan yang tidak dapat dilihat secara kasar melalui mata kita tetapi dapat dilihat kesannya pada zahir penglihatan kita...
Satu makhluk Allah yang di benam kedalam setiap hati makhluk Allah S.W.T...tidak kira ia dari kalangan Manusia,jin ataupun binatang...Tidak kira samada ia mukallaf atau tidak...
Diiringi ia bersama satu unsur yang padanya terdapat 2 belahan unsur yang saling berlawanan arah tujunya iaitu Iman dan nafsu...
Sihat Aqalnya...maka Imanlah Thariqnya...
Rosak Aqalnya...maka Nafsulah Thariqnya...
Sungguh hebat jika kita bicarakan tentang CINTA...
tapi,untuk entry kali ni kita tidak jadikan ia sebagai syarahnya...cuma di ambil sebagai teras maudhu' ceritanya...Insya'Allah di lain episod kita ceritakan...
Insya' Allah entry kali ni hanya ingin berkongsi satu kisah yang di ambil dari seorang sahabat seperjuangan dari SMKA Nurul Ittifaq Bach SPM 2005...Insya'Allah bakal menjadi Ustaz yang hidup dan matinya bersama ISLAM... (^_^)
Cinta antara manusia...Ia wujud tetapi Fana' ia...
Cinta kepada Allah...Ia Wujud malah baqa' ia...
DIALOG ANTARA USTAZ DAN PELAJAR YANG DITANGKAP KHALWAT...

* Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?
Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.

Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!

Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19).Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).

Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.


Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.

Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka...

Itulah alkisahnya...
Alasan tidak sesekali dapat menafikan hukum...
Batil tidak sesekali dapat di ganti dengan yang Haq...
Ada yang mengatakan sudah menjadi fitrah manusia melakukan hal yaang sedemikian...
sahabatku,
Sebenarnya fitrah manusia itu adalah suci...sedangkan hal yang sedemikian rupa adalah kotor...adalah satu yang tidak mungkin berlaku dua keadaan yang begitu berbeza menjadi satu...
Itu bukan fitrah kehidupan manusia...
Fitrah adalah satu titik ghaib yang Allah Kurniakan kepada kita...
yang mana aqal yang sihat sahaja mampu menjadikan ia sebagai permulaan bagi garis perjalanannya...
fitrah manusia membawa maksud kembali...
setiap kerjanya akan kembali merujuk kepada asal kejadiannya yang bersih...
Setiap aqal yang sihat lagi waras,
maka dapat ia merasakan sebarang kecacatan di dalam amalnya...
seperti mana air yang begitu tawar...jika dicampur bersama garam...pasti akan cepat di kesan perbezaan rasanya...
tidak dapat tidak aqal yang waras lagi sempurna itu adalah aqal yang di jadikan Al-Quran dan Hadis sebagai teras Aqalnya...

sekarang sudah menjadi trend cinta yang sebegini...
tidak kira tua atau muda...
kecil atau besar...
Ustaz dan Ustazah pun ada...subhanallah Tabaarakallah...
Siswa dan siswi lebih-lebih lagi yang majoring dalam bidang keagamaan...
dijadikan alasan-alasan yang tidak munasabah bagi mengharuskan suatu hal yang sudah sepakat para ulama' mengatakan ia Haram di dalam kehidupan kemanusiaan...

jadi,saya menyeru kepada kaum-kaumku ya ma'syarassyabab...
Jauhilah ia...hindarilah ia...
kita masih muda...masa kita tidak menentu keadaannya...Mungkin dirimu dipanggil sesaat kehadapan...mungkin dikala tuamu...
Oh...
betapa malang jika kita meninggalkan dunia dalam keaadaan yang muda...lebih malang lagi bagi si tua yang matinya di dalam keadaan muda...betapa malangnya mereka...
Wahai kaumku...
jadilah kamu seorang tua...
Seandainya dadamu dipenuhi dengan ilmu yang manfaat dan amal yang mukhlis,insya'Allah tergolong dikalangan para Syuyukh di sisi Allah S.W.T...
Andai kematian menjemput,maka kematianmu itu adalah termasuk didalam kalangan para syuyukh...orang yang mati tua disisi Allah...

Ingat pesan Allah...

Surah Ali-Imran:Ayat 31

~Katakan wahai Muhammad kepada umatmu,jika benar kamu mencintai Allah...maka ikutilah aku...nescaya Allah menyayangimu dan mengampuni segala dosa-dosamu...Sungguh,Allah itulah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani...

Itulah jalan Cinta yang haqiqi wahai sahabatku...

Insya'Allah Rahmat Allah senangtiasa bersama dengan insani yang berjalan diatas jalan yang benar...

Wassalamu'alaikum W.B.T...

Sahabatku...Musnahkan segala akar-akar Ketinggian diri yang berakar berumbi di dalam hatimu...

Assalamu'alaikum W.b.t...

Ya Rabbi...Izinkan Hamba-Mu menukilkan coretan pena fana ini...agar dapatku jadikan ia saham jariahku bagi menampung keburukan amalku di alam sana...
Ya Rabbi Sholli ala Rasulilka annabiyyil ummiyi wa baarik 'alaih...

Sahabatku...
Sedarkah kita...
Bahawa didalam falsafah hidup kita ini hanya wujud dua pecahan sifat...
yakni Yang Maha Kuasa dan yang tiada berkuasa@lemah...

Jika ajukan soalan siapa Yang Maha Kuasa dan Siapa yang lemah...

Yakinlah...

Ramai yang dapat menjawab dengan tepat...

"Allah itulah Yang Maha Kuasa..."
"Makhluq itulah yang lemah..."

Malang sekali...
ia hanya ilmu tanpa kepercayaan yang sahih...

Alangkah indahnya jika kata-kata tadi diungkapkan oleh insani melalui hati dan anggota yang beriringan  perjalanannya dalam mencari Tuhannya...

Namun ia hanya sebuah harapan yang kabur...
Kerana Semua itu tidak ada pada diri insani...
Langsung Sirna dari hidupnya...
Tiada menyedari bahawa diri itu makhluk,maka tidak akan sesekali menyedari siapakah tuhannya...
Dia langsung lupa pada pesan Rasulullah S.A.W...
yang mana diambil mafhumnya oleh para Ulama' menjadi satu hikam yg besar maknanya...
Hadith yang dimaksudkan itu adalah seperti di bawah ini...
Hadith yang Diriwayatkan daripada Sayyidatina Aisyah r.a...

وَقَدْ قَالَتْ عَائِشَةُ رضي الله عنها: {يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَتَى يَعْرِفُ الانْسَانُ رَبَّهُ ؟ قَالَ: إذَا عَرَفَ نَفْسَهُ}

Maksudnya:
"Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Wahai Rasulullah, bilakah seseorang insan itu dikira mengenal Tuhannya?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Apabila dia mengenal dirinya...

(Dari kitab Adab Addunya waddin-Imam Al-Mawardi)


lalu diambil keterangan Rasulullah lalu diolah didalam bentuk hikam oleh para Ulama'...
maka berbunyilah ia " MAN 'ARAFA NAFSAHU FAQAD 'ARAFA RABBAHU"...
barangsiapa yang mengenal dirinya sebagai yg HINA maka akan mengenal ALLAH S.W.T sebagai Zat yang Maha HEBAT lagi bersifat dengan segala sifat yang kamalat...

Besar bawakannya wahai sahabatku...

Jadi...

Dimana segala nasihat ini didalam dirimu wahai sahabatku...

Apa yg kulihat hanya ketinggian dirimu...
yang mana dipamerkan ia secara jelas kepada seluruh manusia di sekelilingmu khususnya ma'asyaral muslimin...

Apakah kehebatan yang ada pada dirimu sehingga sanggup menggadaikan agamamu dengan sebegitu mudah...
Bagiku,tiada apa lagi yang ada pada dirimu melainkan rantai-rantai hiasan yang bertatahkan kehinaan tergantung dilehermu...

Ya,
Ia nampak cantik pada penglihatanmu...kerana di dalam benak hitammu hanya menginginkan perhiasan...
"Aku perlukan perhiasan..."
Sehingga kamu jauh tersasar didalam membuat pilihan yang benar...
samada perhiasan itu cantik atau tidak...
Natijahnya,
perhiasan yang kamu pilih bukan membawa erti keindahan bahkan membawa erti kehinaan...
Dalam keadaan tidak sedar akan kehinaan itu,kamu tetap membawanya berjalan bersamamu...
sedangkan ia cukup buruk dan busuk baunya...
Cukup memalukan jika ia dipamerkan dikhalayak ramai...

Dimana malumu hai sahabatku...

Dimana ia wahai sahabatku...

Lenyap begitu sahaja...

Semua perkara itu berlaku dek kerana butanya bashirahmu...
menyebabkan kamu tidak lagi dapat membezakan kebaikan dan keburukan...

Sahabatku,
Mengapa mesti kamu mengangkat wajahmu ke langit tinggi sejurus melihat kerendahan sahabatmu yang lain...

Tidakkah dirimu merasakan langit itu juga makhluk Allah yang tingginya tidak akan sesekali kamu capai akan ketinggiannya walaupun seribu abad lamanya hidupmu...
Sedarlah...
itulah dirimu,diriku dan sahabat-sahabat yang lain...

Sang Langit,
walau tinggi ia...
memandang ia tetap kebawah bumi...
ini kerana sedar ia dengan Ketinggian Tuhannya...

Si langit...walau besar ia...disebut-sebut ia di dalam kitaballah akan kehebatannya...wajahnya tetap dihalakan kebumi...
Itulah langit...
yang mana wajahmu sungguh cinta dihadapkan kepadanya setiap kali melihat sahabat yang lain...

Sedar atau tidak langit sangat membenci dirimu...

kerana ingatku pada pesan Rasulullah S.A.W didalam suatu hadith...
"Arraahimuna Yarhamuhumurrahmani,irhamu man fil Ardh,yarhamkum man fissama'..." Al-Hadith...
~Barangsiapa yang penyayang pasti akan disayangi oleh ALLAH...Maka sayangilah barang yang menghuni dibumi,pasti kamu akan disayangi oleh barang yang menghuni dilangit...

Ya,
beraniku katakan bahawa mafhum mukhalafah dari potongan hadith ini adalah kamu akan dibenci oleh Allah dan seluruh penduduk dilangit...
Lebih2 lagi dibumi yang merupakan tempat dicurahkan segala kehitaman maksiat diri yakni KESOMBONGAN...

Tidakkah kamu tidak mendengar pekikan si langit kepada dirimu...

Berkata si langit,
" Hei manusia yang sombong berjalan diatas dada sahabatku si bumi,yakni manusia yang sentiasa menghadapkan wajahnya kepadaku dek kerana kesombongan dan enggan melihat ketanah yang kini nyata dipijak...banyakkan merendahkan dirimu dan sedarlah ALLAH sahaja yang layak berbangga dengan segala hal-Nya...Dirimu hanya ibarat suatu yg sangat lemah...tidak akan sesekali boleh menambah atau mengurangkan sedikit pun kerajaan ALLAH..."

Inilah yang sepatut kamu dengar dari si langit yang mengirim nasihat didalam bicaranya...
Tetapi malang...
Anggota rohanimu rosak dek kerana kesombonganmu...
natijahnya,dirimu tidak lagi dapat mendengar nasihat dari insan lain...

SOMBONG...
 

                           
Sombong...
  Sifat ini semakin nyata berlaku pada sahabat-sahabat kita...
tidak kira siapa pun dia...

~Miskin atau kaya...
~ahli ilmu atau yang bukan ahli ilmu...
~kecil atau besar...
~Tua atau muda...
~Muslim atau muslimat...

Kebiasaannya,
adalah suatu yang sinonim jika kita kaitkan seorang yang kaya dengan sifat sombong...
kerana itulah kebiasaannya...itulah fenomena yang benar berlaku...
Tanpa menafikan kewujudan insan yang kaya tetapi zuhud lagi dermawan...
Hanya sgelintir dari mereka yang sedemikian...Alhamdulillah...itu adalah kerana Keadilan-Mu wahai Sang Pencipta Yang Maha Adil...

Fenomena yang cukup membakar jiwa insan yang sangat menyayangi sahabatnya...

Malang sekali...
Tidak cukup dengan fenomena ini,
ditambah dengan satu lagi fenomena yang membawa erti kemusnahan yang cukup besar kepada kita umat islam...

Iaitu KESOMBONGAN AHLI ILMU...
atau lebih kita kenali sebagai insan yang takhassus dirinya didalam bidang ilmu...
Umum saya katakan,tiada mengira apa pun jawatan mereka didalam bidang ini...

Rasulullah juga banyak berpesan berkaitan dengan golongan ini...
antara mafhumnya adalah...
"suatu yang Rasulullah bimbang berlaku pada umatnya adalah Ulama'ussu'(Ulama'/ahli ilmu yang jahat)..."

Antara lainnya...
Hadith dibawah ini membawa mesej kepada insan yang sombong secara amnya...

Antara hadith yang mengancam barangsiapa yang sombong secara Amnya...
Kasihan mereka...

Mereka tenggelam didalam nafsu yang membimbing ilmunya...
Mereka telah sesat di jalan yang terang...
Mereka telah terlebih dahulu menghidupkan diri mereka di alam yang fana ini...
sedangkan dialam yang fana ini insani itu mesti mematikan dirinya bagi mendapat kehidupan yang sa'adah di alam baqa' bersama dengan Kekasih Agung...
tetapi malangnya,mereka terlebih dahulu hidup di alam yang serba tiada ini...

Mereka tidak mendapat kebaikan ilmu...
sepertimana hal keadaannya Sayyidina Ali K.W mengatakan bahawa "sungguh jika seseorang itu mempunyai ilmu,maka ilmu itu yang akan menjaganya..."
Ilmu yang sepatutnya menjadi penjaga baginya...
mengapa tidak dapat menjaganya...?
Ini semua kerana tiada berkat dari Allah Yang Maha Tinggi Ilmu-NYA...
Apa yang ada pada mereka bukan lagi ilmu yang bermanfaat...
ibarat buah yang tiada isinya...
Sudah pasti tidak lagi dipanggil sebagai buah...
yang tinggal hanya sampah...
Sungguh,
sifat atau nama sesuatu itu wajib ada bersama dengan zatnya...
sama seperti sebiji buah...
jika tiada zatnya...
mana mungkin akan ada nama dan sifatnya...
Apa yang ada hanyalah ketiadaan..
itulah apa yang saya katakan sebagai Istidraj dari ALLAH kepada Insan yang lupa tujuan asal kejadian diri...

Sungguh...
Saya mengasihani insan yang sedemikian...

sedangkan Ilmu itu imam bagi amal... seperti apa yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W...
"Ilmu Imaamul 'Amali,Wal 'Amalu Taabi'uhu..."

Apa itu ILMU...

Ilmu itu adalah suatu yang boleh membimbing insani...
Adalah tidak akan sesekali sesat selagi mana seseorang itu berada di dalam lingkungan Ilmu yang mana daripadanya lahir Makrifatullah,amal dan riyadhah diri...

Ilmu itu adalah tanjakan utama dalam usaha si saalik berjalan kepada Tuhannya...

Tanpanya,tiada taubat...tiada mengenal Allah dan Rasul...bahkan lebih berat lagi lebih cenderung kepada keruntuhan agama...
seperti kata ulama'...
"aljuhlu aqrabu ilal kufri..."
Kejahilan itu lebih dekat kepada menjadi runtuh agama...

Sungguh besar peranan ilmu kepada Umat manusia...

Ilmu itu cahaya hai saudaraku...
menyuluh ia dikala kita bergelap dialam dunia,barzakh dan akhirat sana...

Di sini ku umpamakan ilmu itu sebagai obor yang begitu terang cahayanya...

Baiklah penggunaannya jika dirimu menghalanya kejalan yang selajur dengan konsep cahaya obor tersebut...yakni menghala kejalan yang baik bagi Agamamu dan juga dirimu...
Dan Jahatlah penggunaannya jika dirimu menjadikan obor yang begitu terang sebagai penyuluh kejalan yang yang bercanggah dengan Agamamu dan dirimu...

sama seperti Ilmu...

Andai dirimu mengguna ilmu bagi kemaslahatan agama...maka dirimu benar di sisi ALLAH dan RASUL...
Andai dirimu menggunakan Ilmu semata-mata untuk kepentingan diri...maka dirimu telah menempah ruang di dalam neraka ALLAH...

Apa yang kamu banggakan dengan Ilmu mu...
sedangkan segala ilmu itu milik ALLAH secara Mutlaq...
Allah telah pun menyatakan kepada hamba-Nya...

"Wa 'Allama adam al-asma'a kullaha..."al-aayah
Sungguh,telah Ku beri pengetahuan(ilmu) kepada Adam tentang segalanya...

pasti...
segala ilmu itu datang dari Allahu Tabaaraka Wata'ala...

Sedarkah kamu bahawa asal dirimu dari tiada kepada ada...?

Jadi mengapa mesti kamu sombong dengan Ilmu yang ada...

Lupakah kamu dengan Ayat Allah " Wa maa uutiitum minal 'Ilmi illa Qaliila..."
Sungguh,tidaklah aku berikan kepadamu wahai Muhammad akan ilmu melainkan sedikit jumlahnya...

Buangkan segala sifat yang tercela itu hai sahabatku...
Sungguh Rasulullah S.A.W itulah insan yang paling mulia lagi tinggi ilmunya...tetapi masih tetap kecil berbanding dengan Ilmu Allahu Tabaaraka Wata'ala...
Jika Rasulullah seorang yang cukup mulia dan tinggi darjatnya mampu Tawadhu' dengan pemberian Allah...
mengapa kamu sebagai umatnya yang serba hina tidak mahu mengambil sifat Rasul-Nya sebagai Qudwah hasanah didalam penghidupanmu...

ya,
kamu sememangnya seorang Ahli Ilmu...
Kamu seorang Ustaz...
kamu seorang Ustazah...
Kamu seorang bakal Ustaz...
Kamu seorang bakal Ustazah...
Kamu telah menguasai banyak ilmu...

tapi bukan bermakna kamu berhak mengatakan ilmu itu milikmu...

Jawab pertanyaanku hai sahabatku...
"layakkah dirimu berbangga dengan barang yang bukan milik kamu...?"
Sungguh hina jika seseorang yang berbangga dengan barang yang bukan miliknya...
tiada yang paling hina dari itu wahai sahabat...
kerana dari situ maka lahir segala akar-akar ketidakbaikan insani...
Ya,
Menguasai dirimu akan pelbagai cabang ilmu...
tetapi bukan bermakna kunci keterbukaan pintu langit dapat kamu pegang di genggamanmu...

Bukan bermakna dirimu layak berjalan mendabik dada di atas muka bumi Allah...

Bukan bermakna dirimu layak memandang rendah sahabat yang lain...

Sahabatku...
Bersegeralah tunduk melihat bumi...
Rasakan tapak kakimu berpijak pada tanah yang nyata...
Dan terimalah kerendahan dan kelemahan dirimu...
Jika kamu enggan menerima kerendahan diri,maka setiap saat kerlipan mata dan nafasmu akan mengundang laknat dari seluruh para penguni dilangit dan dibumi...
Ilmu yang benar adalah ilmu yang membawa kepada mengenal diri sebagai insan yang lemah...
Jadikan Padi dan Pepohon yang merendang buahnya sebagai resmi kehidupanmu sebagai insani...
Semakin Berisi dan Merendang buahnya...
semakin tunduk ia...
semakin senang untuk dicapai bagi memetik buahnya...

Jadilah ahli Ilmu yang semakin bertambah ilmunya...semakin menyedari kelemahan diri...dan semakin mudah didekati...

Tawadhuk itu bukan menundukkan kepalamu,tetapi menundukkan segala tujahan nafsu dan keinginanmu yang sentiasa menginginkan kebesaran diri...Dirimu merasakan ia tiada layak bagimu dek kerana kerdilnya dirimu...
Ingatku pada kata-kata Imam Syafie R.A...
"Semakin aku menguasai banyak ilmu,semakin aku sedari akan bertapa lemah dan jahilnya diriku..."...

Saya mengingati diri saya dan sahabat sekalian...

Sungguh besar bahana kesombongan diri...
Dialah Riak...
Dialah 'Ujub...
Dialah Takabbur...
Dialah Sum'ah...
Dan darinyalah lahir berbagai-bagai maksiat zahir dan batin...

Sahabatku...
Lebih baik diri dihina berbanding dipuja...
lebih baik merana menghindari fana si dunia...berbanding dipuja lalu terhina di akhirat sana...

Allahu A'lam...

Wassalamu'alaikum W.B.T...